Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 18, 2010

Layanan seks hanya dengan belanja makan dan upah

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/07/17

AMPANG: Modal yang dikeluarkan hanya membelanja setiap mangsa makan dan memberi sedikit wang sebagai upah, habuan diterima pula layanan seks mangsa yang kebanyakan remaja belasan tahun.

Itu helah digunakan dua lelaki yang menggunakan taktik terbabit dengan menjadikan remaja di sebuah kawasan perumahan di Ampang sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu mereka.

Bagaimanapun, perbuatan terbabit terbongkar apabila ada jiran yang pelik kerana hampir setiap hari melihat remaja bersilih ganti keluar dan masuk ke rumah seorang daripada lelaki terbabit.


Jiran berkenaan mula menyiasat sebelum dia terkejut apabila mendengar pengakuan seorang daripada remaja itu yang mengatakan dia diberikan wang oleh lelaki terbabit untuk mengadakan hubungan seks.


Sejurus itu, jiran berkenaan memberitahu kepada keluarga remaja terbabit sebelum mereka membuat laporan polis.


Menurut sumber polis, hasil siasatan mendapati ada beberapa remaja yang turut menjadi mangsa pemuas nafsu dua lelaki terbabit.


“Polis menerima empat lagi laporan dibuat remaja yang pernah menjadi mangsa rogol dua lelaki terbabit.

“Susulan itu, polis membuat serbuan, Selasa lalu dan menahan dua lelaki terbabit yang tinggal di kawasan perumahan berkenaan,” katanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu saling mengenali dan mereka juga menggunakan modus operandi sama dan membayar wang RM50 hingga RM100 kepada semua mangsa.

“Selain membayar wang, dua suspek terbabit turut membelanja mangsa makan dan berpesan kepada setiap remaja itu supaya tidak membocorkan rahsia itu.


“Siasatan juga mendapati aktiviti tidak bermoral itu berlaku sejak hampir sebulan lalu,” katanya. Sumber berkata, setakat ini, siasatan mendapati sekurang-kurangnya 10 lagi remaja yang menjadi mangsa dan mereka diminta tampil membuat laporan.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit. Menurutnya, dua suspek berusia 30-an itu kini direman hingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes terbabit yang di disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

HM

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive