Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 27, 2010

Selepas Felda Pakatan ‘terokai’ Felcra, anjur himpunan sulung

Oleh Adib Zalkapli July 27, 2010


KUALA LUMPUR, 27 Julai — Selepas menggerakkan kempen besar-besaran berhubung pengurusan Felda, PAS menganjurkan perhimpunan menyentuh nasib peneroka Felcra — dilihat sebahagian daripada usaha Pakatan Rakyat (PR) menarik pengundi Melayu.
Perhimpunan yang menyentuh isu-isu peneroka Felcra ini akan diadakan hujung minggu ini di Perak.

Ia pertemuan pertama membabitkan peneroka-peneroka Felcra.

Parti Islam ini menjangkakan kira-kira 1,000 peneroka akan menyertai perhimpunan yang akan berlangsung di Felcra Bandar Seberang, Sabtu dan Ahad ini.

Ketua lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS, Mazlan Aliman mendakwa Felcra tidak memberi layanan yang baik sebagaimana dialami peneroka Felda.

“Mereka berhadapan dengan masalah yang serupa, mereka menerima dividen rendah dan berikat dengan perjanjian tidak adil.

“Jadi, apa yang kami akan lakukan adalah membimbing berhubung masalah-masalah mereka hadapi,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, pihaknya telah mengaturkan ceramah dan sesi pembentangan kertas kerja.

“Ramai pemimpin PAS pusat akan hadir,” katanya.

Kini dianggarkan ada 90,000 anggota Felcra dengan kebanyakannya berada di Perak.

“Ini satu lagi pendekatan mendampingi pengundi Melayu,” kata Mazlan yang juga Pengerusi Anak, pertubuhan mewakili kepentingan anak peneroka Felda.

“Kami berharap perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman tanpa diganggu gugat oleh pihak berkuasa,” kata beliau lagi dengan merujuk kepada adanya usaha pengurusan Felcra yang mahu menghalang peneroka daripada menyertai perhimpunan ini.

Felcra ditubuhkan pada 1966 dengan fokus untuk membangunkan tanah-tanah persendirian dalam usaha memperbaiki taraf orang Melayu di kawasan luar bandar.

Malah agensi ini juga membuka kawasan penempatan dan perladangan baru bagi mereka yang tiada tanah.

Ia dinaikkan taraf sebagai Felcra Berhad, syarikat milik kerajaan pada 1997.

PAS bersama rakan mereka di PR telah mendedahkan kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan Felda termasuk salah guna dana dalam usaha memikat pengundi kalangan peneroka dianggarkan 100,000 orang.

Sebahagian peneroka menyokong BN pada pilihan raya umum lalu, menyebabkan PR gagal di kawasan luar bandar ini - kawasan yang majoriti pengundinya adalah oranhg Melayu.

TMI


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive