Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 30, 2010

Nafsu lelaki gila seks


BESUT – Demi mempertahankan maruahnya, seorang pelajar Tingkatan Tiga bertindak nekad melawan dua lelaki gila seks yang menculik dan cuba merogolnya di Kampung Limbongan, dekat sini, kelmarin.

Gadis itu meronta dan melawan mereka ketika dimasukkan ke dalam kereta menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan kenderaan terbabas, dan lalu terjatuh dalam parit.

Kedua-dua lelaki itu berumur 23 dan 15 tahun, ditahan polis di sebuah rumah sejam selepas kejadian itu. Suspek berusia 23 tahun luka di kepala.

Mangsa cedera dan koma selepas kereta terbabas dan jatuh dalam parit. Dia dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, dua lelaki menghampiri pelajar yang mengikuti program di Sekolah Menengah Permaisuri Nur Zahirah.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Noor Zainy Mohd Nor berkata, ketika sedang berjalan seorang diri untuk ke kedai tempat keluarganya berniaga di Kampung Limbongan, kira-kira 1.5 kilometer dari sekolahnya, mangsa ditarik masuk ke dalam kereta jenis Perodua Kenari bercermin gelap dan dilarikan.

Menurutnya, kedua-dua suspek melarikan diri dan meninggalkan mangsa yang tersepit dicelah antara kerusi pemandu dan kerusi penumpang depan dan tidak sedarkan diri. Mangsa cedera di hidung, kaki dan leher,” katanya.

Noor Zainy berkata, hasil maklumat orang ramai, beliau mengetuai operasi memburu suspek.

Dengan kerjasama orang ramai, kedua suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut.

“Polis mengesan dan memberkas suspek dalam tempoh kurang satu jam selepas suspek berjalan kaki sejauh kira-kira lima kilometer daripada tempat kereta terbabas.

“Suspek yang cedera itu membuang bajunya yang dipenuhi darah ke dalam semak dan mencuri baju di ampaian,” katanya.

Manakala seorang lagi suspek berumur 15 tahun hanya belajar setakat Tingkatan Satu dan bekerja di kedai membasuh kenderaan.

Noor Zainy memberitahu, mangsa ditinggal di Kampung Paya Rawa dekat Kampung Raja, dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, masih belum sedarkan diri.

Sementara itu di Kota Bharu, bapa mangsa, Hasan (bukan nama sebenar) berkata, penculik itu menanggalkan seluar dalam anaknya dan cuba merogolnya di dalam kereta itu.

“Saya diberitahu oleh adik saya, bahawa anak saya berada dalam sebuah kereta yang terbabit dalam kemala- ngan kira-kira 500 meter dari rumahnya,” katanya ketika ditemui di HUSM.

Hasan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan anaknya dan sebaik tiba anaknya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

”Saya difahamkan, suspek cuba merogol anak saya kerana ketika kejadian, seluar dalam anak saya sudah ditanggalkan,” katanya.

Hasan berkata, berikutan keadaan anaknya yang kritikal, dia dirujuk ke HUSM kira-kira jam 10 malam kelmarin.

SH

1 ulasan:

  1. Salam.
    Kesian dengan mangsa. Semoga dia sembuh. LF tak simpati dengan suspek. Memang patut mereka ini dikenakan hukuman yang berat.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive