Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 24, 2010

Kerajaan Umno-BN Sentiasa Bercakap Benar Atau Palsu?

Oleh Nur'ain Hanisah

Dari satu sudut, rakyat perlu bertanya;

1. Anwar Ibrahim bayar CNN untuk dapat liputan dan temuramah khas bagi member peluang kepadanya memujuk Yahudi jangan terlalu marah kepadanya kerana mendedahkan isu APCO; benar atau palsu?

2. Anwar Ibrahim didedahkan sebagai alat Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat oleh blogger dari New York Elaine Meinel Supkis; benar atau palsu?

3. Parti Keadilan Rakyat taja Raja Petra Kamaruddin untuk bersembunyi di London kerana diburu oleh pihak berkuasa Malaysia sebab menyebar fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin Malaysia; benar atau palsu.?

Ternyata kenyataan pertama adalah palsu. CNN telah menafikannya dan menegaskan bahawa ia sebuah badan penyiaran yang berwibawa. Sesungguhnya yang tergamak membuat dakwaan seumpama itu ialah pihak politik dan media yang memang seumur hayat wujud dalam dunia rasuah dan salahguna kuasa.
Sementara bagi persoalan kedua, ia boleh dijawab dengan pertanyaan – siapakah dia Elaine Meinel Supkis? Adakah beliau seorang berpengaruh lantaran ketajaman mata penanya? Atau, adakah ia adalah sekadar nama yang dicuba dijulang oleh akhbar Utusan Malaysia yang sememangnya sentiasa kagum dan kaget dengan nama yang kebaratan kerana ia memang pengkagum barat seperti Apco?
Soalan ketiga adalah lebih menarik kerana ia segera menimbulkan persoalan lain – adakah Parti Keadilan Rakyat mempunyai sumber kewangan begitu besar sehingga mampu “membeli” CNN dan menaja Raja Petra hidup dengan aman dan sejahtera di London? Jika begitu besar yang dimiliki tidakkah lebih baik jika parti itu “membeli” sahaja wakil-wakil rakyat Umno yang memang ramai perlukan wang untuk “mengekalkan cara hidup mereka”.
Ramai juga wartawan dan editor akhbar media perdana yang bersedia menerima “sumbangan” KEADILAN seperti yang mereka tunjukkan kesediaan berbaris menerima “duit rakyat” daripada pemimpin-pemimpin Umno selepas berbuka puasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dari sudut lain, rakyat juga perlu bertanya:
1. Malaysia perlukan bangunan parlimen baru bernilai RM800 juta di Putrajaya kerana bangunan parlimen sedia ada kerap bocor dan memerlukan biaya senggara beratus juta; benar atau palsu?
2. Kerajaan tidak pernah mengeluarkan lesen judi sukan kepada mana-mana pihak di Negara ini. Sebab itu Umno yang perlu membetulkan keadaan dan mengumumkan kerajaan akan menghentikan kegiatan yang dikatakan sudah dilesenkan itu atas pertimbangan agama dan politik; benar atau palsu?
3. Kerajaan Malaysia tidak ada menggunakan kepakaran bekas perisik Israel untuk kempen perhubungan awam demi menaikkan imej kerajaan dalam syarikat Apco Worldwide dengan bayaran lebih RM 77juta; benar atau palsu?
Kenyataan pertama di atas adalah palsu. Ini disahkan sendiri oleh menteri yang mula-mula sekali mengumumkan rancangan itu. Beliau mendakwa mendapat maklumat yang salah daripada kakitangan kerajaan sekaligus memberi gambaran kakitangan awam tidak cekap.
Lantas soalan awal pun melahirkan soalan baru – kakitangan kerajaan tidak cekap; benar atau palsu?
Persoalan kedua ibarat pepatah sudah terang lagi bersuluh. Umum tahu Umno dan bukan komponen lain Barisan Nasional yang mengungguli isu judi sukan. Pemimpin umno yang mencetuskan persoalan. Dan, Majlis Tertinggi Umno yang mengarahkan Kabinet menarik balik keputusan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Umno. Itu berita benar.
Sementara itu, soal Apco adalah berita benar.
Memang kerajaan Malaysia ada menggunakan khidmat pakar-pakar Israel. Jika tidak mengapa ada laporan yang kontrak badan ini disambung? Dan, kerajaan BN tidak pula berfikir penting untuk menafikannya. Sehubungan itu, sudah pasti Jawatankuasa Disiplin Parlimen sudah menjatuhkan hukum terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan perkara ini di parlimen.
Bermula dengan premis oleh kerana rakyat Malaysia kurang bijaksana, ilmu dan jahil tentang politik dan konspirasi dunia, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan bahan berita yang mereka terima, baca dan tonton.
Maka ditubuhkanlah Jawatankuasa Pengukuhan Komunikasi Kerajaan. Anggotanya adalah tiga Menteri – Hishammuddin Hussein, Nazri Aziz dan Rais Yatim. Tugas mereka ialah menentukan kenyataan kerajaan dalam pelbagai perkara adalah sentiasa benar . maka tidak timbul persoalan di kemudian hari bahawa kerajaan tidak bercakap benar: benar atau palsu?

SK


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive