Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 30, 2010

Liong Sik Kena Cekup, Najib Cabut Lari

Oleh Dzulkarnain Taib


SHAH ALAM 29 Julai - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti segera sehingga 10 Ogos depan adalah bagi mengelak daripada menjawab perlbagai persoalan yang bakal timbul daripada pertuduhan menipu terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Shamsul berkata walaupun pada prinsipnya beliau mengalu-alukan tindakan terhadap bekas Menteri Pengangkutan itu namun berharap ia bukan satu "pertunjukan" semata-mata seperti di dalam kes rasuah membabitkan mendiang Tan Sri Eric Chia di mana akhirnya mahkamah membebaskan beliau.
Liong Sik, 67, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
"Saya yakin, ramai lagi pimpinan Umno-Barisan Nasional yang terlibat di dalam skandal ini dan mendesak supaya mereka juga turut di tuduh.
"AMK mendesak supaya kerajaan menghentikan segera pembayaran pampasan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd dan bayaran pampasan yang lainnya sekira ada sementara menunggu keputusan kes ini.
"AMK juga mendesak supaya Tun Dr Mahathir turut disiasat segera berdasarkan apa yang didedahkan sebagai penyelewengan sebanyak RM100 bilion seperti didedahkan oleh Barry Wain di dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," kata Shamsul dalam komen beliau yang diemel kepada Suara Keadilan.
Shamsul menegaskan rakyat berasa kecewa dengan sikap Najib yang lari meninggalkan negara di dalam keadaan di mana petualang yang menggelapkan wang rakyat didakwa.
Liong Sik juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.Beliau didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.
Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

SK


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive