
“Saya tidak faham mengapa pada September tahun lalu, saya tidak dapat membuat laporan dengan polis, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan timbalan ketua menteri, Alfred Jabu.”
Pada 13 Julai lalu, polis memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung laporan yang berjudul 'A wider context of sexual exploitation of Penan women and girls in Middle and Ulu Bernam, Sarawak', yang diedarkan oleh Kumpulan Penyokong Penan (PSG).
Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.

Ketika itu, mereka mendengar pendedahan daripada tujuh mangsa yang mendakwa diperkosa oleh pembalak.
Zuraida, yang juga adalah ketua wanita PKR memfailkan usul tergempar bagi membahaskan isu itu di Dewan Rakyat tetapi ia ditolak.
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Heng Seai Kie juga menafikan laporan terbaru itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat dan menemui masyarakat Penan di kawasan Ulu Baram di Bahagian Miri pada 22 Julai ini.
MK
apa nak jadi ngan pdrm ni,dah ada kenyataan dari pelbagai sudut info jalankanlah siasatan keatas penjenayah.penjenayah sedang sakan menjamu selera keatas warga penan,pdrm masih buta mata buta hati.kenapa ada insan[luar/dalam negara]yang prihatin membuat laporan didera dengan siasatan.bolehkah PDRM ini disamakan dengan PAK DAJAL ROGOL MANGSA? ya rabbi!! ya tuhanku!!lindonggi warga penan dari terus dirogol tuboh badan dan hak,amin.
BalasPadam