Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 03, 2011

Aliran Wang Haram,Kerajaan Umno-BN Berdiam Diri




PETALING JAYA 2 FEB : Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, menggesa kerajaan Malaysia menyiasat laporan badan pengawas kewangan Global Financial Integrity (GFI) minggu lalu skandal berhubung aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS 291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.

Tambah Gobind lagi, jika Perdana Menteri mahu memerangi isu rasuah, Datuk Seri Najib perlu menjelaskan kepada rakyat ke mana wang haram ini dialirkan.

"Kalau Najib Tun Razak betul-betul, kalau beliau betul-betul hendak membanteras rasuah, ini seharusnya menjadi fokus beliau dimanakah wang ini (RM 888 bilion), kenapa sampai sekarang tak ada tindakan diambil, kenapa kerajaan tidak menitikberatkan perkara ini," katanya.

Menurut beliau lagi hal ini penting kerana melibatkan jumlah begitu besar sehingga memberi impak kepada negara yang meletakkan Malaysia di tempat kelima.

"Kita tengok nombor 5 ini adalah segi senarai negara-negara terbanyak yang mempunyai wang yang keluar negara ini secara salah sebanyak 888 bukan juta tapi bilion ringgit," katanya.

Sebelum ini juga pimpinan Pakatan Rakyat mendesak agar ditubuhkan

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan laporan dari GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000.

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

Menurut GFI Malaysia berada di tangga ke 5 di bawah China, Rusia, Mexico dan Arab Saudi di kalangan 125 negara membangun dalam pengaliran keluar wang haram dalam kajian yang dibuat bagi tempoh lapan tahun dari 2000 hingga 2008 ini.

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive