Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 14, 2011

Peguam Anwar: Tiada kesan air mani, tiada ujian


KUALA LUMPUR, 14 Feb — Peguam pasukan pembela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada bukti air mani dikesan pada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tiada ujian yang sewajarnya dijalankan untuk memastikan perkara tersebut.


Sankara Nair, salah seorang peguam Anwar berkata, meskipun keputusan makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan adanya kesan air mani, tetapi tiada ujian-ujian yang standard dijalankan untuk mengesahkan perkara itu.


Menurut peguam itu, laporan kimia juga tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang harus dijalankan untuk menentukan sebarang kehadiran air mani.


“Ada ujian-ujian yang standard, diamalkan di peringkat antarabangsa seperti PSA ‘antigen’ dan RSID yang akan memberi gambaran tepat mengenai air mani,” kata beliau dalam soalan kepada pakar patologi forensik HKL Dr Siew Sheue Feng hari ini.


Perbicaraan kes liwat Anwar disambung di Mahkamah Tinggi hari ini.


Dengan merujuk kepada laporan kimia, Sankara berkata laporan kimia juga menunjukkan bahawa kesan air mani sendiri ada ditemui pada seluar dalam dan seluarnya.


“Bagaimanapun perkara ini tidak dicatatkan oleh anda?” soal Sankara yang mana Dr Siew mengakui bahawa beliau memang tidak mengambil catatan.


“Air mani tidak disahkan kerana tiada ujian-ujian dijalankan untuk membuktikan sama ada wujud sama sekali air mani.


“Keseluruhan laporan kimia, jika ia mengatakan kesan air mani wujud pada Saiful, mesti menunjukkan ujian-ujian mengenainya,” kata Sankara kepada pemberita kemudian.



TMI

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive