Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 27, 2011

RAKYAT MALAYSIA BAKAL MENJADI GILA

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan



KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. - Utusan

Note: Rakyat bawahan bukan setakat kais pagi makan pagi tapi kais hari ni untuk cover semalam punya makan. Kerja kilang gaji RM600.00 sebulan. Pakai motor buruk beli secara hutang. Bulan-bulan kena bayar RM250.00. Minyak pula naik harga. Bila minyak naik harga barang-barang keperluan semua berpusu-pusu naik sama. Sudahnya sangkut nak bayar bulanan motor. Nak hidupkan insuran tak boleh bermakna motor tiada roadtax. Belum habis penderitaan disitu kena saman ekor pula. Tak masuk cerita sewa rumah dan nak sara anak bini lagi tu.

Note: Hari ini rakyat dapat berita gembira lagi... "Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans." Kah..kah..kah..kah.. Tengok saja ayat orang kaya bercakap... "Penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun. Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah". Kah..kah..kah..kah..

Note: Baru hari ni aku dengar ada syarikat insuran yang rugi... macamana berniaga bleh rugi? Setiap rakyat yang ingin membeli kenderaan bermotor WAJIB membeli insuran.. Tang mana boleh datang rugi sedangkan insuran itu sendiri adalah wajib dibeli.. kah..kah..kah..kah.. Tapi selama aku hidup belum pernah pula aku lihat ada syarikat insuran yang gulung tikar.. aku memang tak faham apa yang dimaksudkan dengan "rugi" itu. Dan dengan itu dari tahun hadapan sehingga tahun 2015 insuran motor akan terus meningkat dan meningkat. Cukup tahun 2015 nanti syarikat insuran akan rugi lagi. Jadi terpaksalah insuran akan terus naik sehingga hari kiamat... Kah..kah..kah..kah...

Note: Bila syarikat insuran untung orang miskin yang guna moto dapat apa? Dapat ke merasa makan kenduri kesyukuran atau seunit dua saham? Tapi bila kononnya syarikat insuran rugi kita semua kena tolong mereka. Rakyat kena berkorban demi syarikat insuran.. Kena merasa susah demi memastikan syarikat insuran tidak mengalami kerugian... Ini sistem apa ni? Aku pun tak tahu adakah aku sedang hidup dinegara apa.. Adakah yang memerintah sekarang ini seekor tikus? nak dibunuh kena bermodal.. dibiarkan habis padi seangkob.

Note: Penyokong Umngom/Bn mesti gembira dapat berita ni kan.. Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

rubbertapperz

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. Tumbangkan BN, insyaAllah insurans kenderaan takkan naik, malah mungkin turun.

    BalasPadam
  2. sekarang ni bukan kais pagi untok cover semalam,sekarang ni kais pagi belum tentu ada yang hendak dikaiskan.kerja dua belas bulan sudah ketentuan dua bulan bayar cukai pendapatan,belum masuk cukai pintu,cukai tanah,cukai tol serba mak nenek kena cukai.tak terkejut kalau nanti ada cukai kubor plak,pak menteri johor tak berhajat nak hapuskan cukai tol mak andam bilo den nak naik pelamin kek sekudai nanti?.

    BalasPadam
  3. Pelangi Malam1/3/11 2:06 PTG

    Ini merupakan penyata pendapatan & perbelanjaan yang PALING ASAS dari kalangan rakyat malaysia.

    Penyata pendapatan rujuk di http://4.bp.blogspot.com/-ZUV2r1SGKxI/TWxy-_qec5I/AAAAAAAAAAY/j1ii8TaMHPU/s1600/belanja.jpg

    1. Bagaimana bagi pendapatan di bawah RM2000?
    Nota : Pendapatan perkapita 2008 RM26,415 [Utusan] ttp 2010 RM22,000 [AgendaDaily] atau RM1,833 sebulan.

    2. Jika pendapatan Pengerusi Syabas [HarakahDaily] RMRM425,000 sebulan/RM1,833 (pendapatan perkapita) = 231.86 org. Dari bilangan 231 org, jika hanya seorang mempunyai pendapatan RM425,000 dan bermakna 230 yang lain tiada pendapatan langsung (RM0). Jika dicongak dari pendapatan korperat2 & kolomerat2 dan kehidupun gayamewah pemimpin kita sbg ukuran, ini bermakna, pendapatan perkapita rakyat kebanyakkan mungkin tidak sampai RM1,000!

    3. Kesan kenaikan petrol, sbg contoh RM0.10 dari harga asal RM1.80 per liter (kenaikan sbyk 5%) secara langsung memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain malah peratusannya melebihi kenaikan harga petrol.
    Kenaikan barangan (Dapur RM600 + Anak2 RM260 + Petrol & Servis RM250 = Jumlah RM1,110) x 5% = RM55.50. Dalam erti kata lain, peningkatan RM55.50 kepada RM1,165.50 sedangkan baki bersih hanyalah RM10! Ini tidak termasuk kenaikan tarif air & elektrik.

    4. Bagaimana menghadapi perbelanjaan bermusim seperti awal persekolahan, musim perayaan, belanja perubatan, saman, kerosakan kenderaan dan sebagainya? Dari mana rakyat memperolehi sumbernya?

    Sumber : http://kalam2b.blogspot.com/2011/02/penyata-pendapatan-rakyat.html

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive