Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 11, 2010

Saman ekor: Penganiayaan diteruskan



Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. (baca disini)

Siapa sebenar nya yang tidak bertanggung jawab dalam isu saman ekor ini ?. Polis atau pengguna jalanraya ?. Jawapan nya Pihak Polis memang tidak bertanggungjawab dalam isu saman ekor ini. Saman ekor terang terang menganiaya pengguna jalan raya. Nampak sangat kerajaan BN melalui Polis menggunakan saman ekor ini untuk mengumpul duit yang banyak kerana pesalah tidak mempunyai pilihan.

OK lah kalau Polis nak memerangkap pesalah jalanraya dengan menyorok celah tiang 'flyover' ke, bawah jejantas ke, sebalik pokok ke, dalam longkang ke, dalam gerai tepi jalan ke. Lantak diaorang lah. Itu kan strategi mereka.

OK jugak kalau Polis nak tunggu dan pasang perangkap dekat dengan kawasan sekolah yang had laju nya 60 KM/J, tetapi jangan lah tunggu masa cuti sekolah hari sabtu atau ahad. Itu memang nak penaya orang tu. Kalau nak tunggu dan pasang perangkap pun pasang lah. Polis kan berkuasa. Tembak lah lazer kamera kepada kenderaan yang lalu lalang. Dah memang itu kerja diaorang kan!

Masaalah yang aku dan orang ramai tak puas hati dan pertikaikan ialah mengapa tidak ditahan pengguna jalanraya yang telah melakukan kesalahan dan berikan terus notis saman macam dulu dulu. Apa masaalah nya untuk tahan pengguna jalanraya?. Selama ini pun berlambak sekatan jalanraya yang kadang kadang dilakukan ditempat yang tidak munasabah yang menyebabkan 'Jem' berkilometer. Mengapa perlu guna strategi saman ekor ?. Apa motif pihak Polis berbuat begitu kalau bukan untuk menganiaya?.



Kerana saman ekor ini, seorang kawan aku sampai terpaksa tukar kereta kerana tak sanggup nak bayar saman ekor yang dia tidak buat dan juga berurusan dengan kerenah pihak Polis yang berkuasa. Bayang kan kalau tiap tiap bulan dapat 2,3 saman ekor. Dia tak puas hati dan nak tengok gambar. Oleh kerana saman ekor dibuat dilebuhraya Karak maka kawan aku ni terpaksa ke Balai Polis Trafik disana sedang kan dia di Kapar, Klang. Nak tengok gambar di Balai Trafik Klang tak boleh tetapi bayar saman boleh pulak. Tak ke itu menyusahkan orang nama nya.

Kawan aku dapat tengok gambar tu dan memang 'sebijik' dengan kereta milik nya sedang kan pada waktu dan tarikh saman ekor itu adalah hari bekerja dan dia menggunakan kereta tersebut di Kapar. Dia mengesyaki ada orang guna plat nombor kereta dia. Alasan apa pun dia bagi pada Polis, saman tetap kena bayar. Oleh kerana tak boleh tahan, kawan aku tu tukar kereta. Itu lah yang tak bagus nya saman ekor yang dipertikaikan.

Saman ekor ini juga akan membuatkan pelumba haram akan bermaharajalela lagi di jalan dan lebuhraya dengan menggunakan plat nombor orang lain yang kereta dan warna nya sama.

Kesimpulan nya, sesiapa yang melakukan kesalahan jalanraya memang perlu dikenakan tindakan tetapi bukan dengan saman ekor. Dulu Polis boleh buat dengan menembak laser dilebuhraya dan menahan mereka yang melakukan kesalahan di Plaza Tol. Kalau begini, aku dan ramai lagi rasa nya boleh terima. Mengapa sekarang tak boleh buat?.

Sekian


ahmadtarmizi

1 ulasan:

  1. setuju sgt, lain kali klu saman tu, tahan je terus.. ni saman ekor, pastu surat xhantar, simpan bertahun2, org pun xtau, tetiba je nk blacklist serta merta bila org nk renew roadtax.. patut ke mcmtu.. yg dh bertahun dok buat pe.. nape x blacklist tiap2 tahun?.. ni simpan n kumpul dulu, pastu mintak sekaligus.. memang xpatut sangat2.. lain kali nk saman tahan terus kt depan, so org pun x pening, senang bayar satu2.. apapun tindakan menyenaraihitam serta merta saman ekor mmg xpatut sgt, at least bg la ms smp nk renew roadtax tahun depan ke, ada la ms setahun utkorg kumpul duit.. ni nk la tu jugak.. mn nk cari..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive