Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 12, 2010

Lubang oh lubang!!!!



Cukup memberi keinsafan membaca tulisan saudara Lim daripada blog Merdeka Review ini. Nampaknya inilah suasana politik negara yang sudah cukup tidak bermaruah kini. Politik yang hanya bergantung kepada satu lubang, yang penuh dengan najis dan jijik, yang menggunakan segala bentuk konspirasi dan institusi untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang amat jelik dan jijik yang tak pernah memikirkan apakah itu dosa dan pahala, asalkan aku akan dapat terus berkuasa, itu saja matlamatnya.

Memang teori lapok Mechiavelli masih lagi menjadi pegangan dan diimani oleh puak dan kumpulan sebegini, apa nak kisah dengan suasana selepas kita mati, susudah dibaham ulat dan selepas menjadi tanah semula, apa nak dihirau dengan ruh dan moral kepada anak-anak dan apa pula nak dikisah dengan apa yang akan berlaku kepada anak cucu yang sudah pasti akan menghentam dan mengherdik kita nanti dek kelakuan tak senonoh ini. Kalau tidak tidak akan adalah ' fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh'. Alfitnatu asyaddu minal qatli.

Oleh itu hanya keinsafan dan keimanan sajalah yang diharap agar dapat membuka minda dan jiwa manusia merdeka ini agar menjadikan semua ini sebagai pengiktibaran didalam kita menghadapi suasana politik negara dalam masa terdekat ini agar capaian ke Putrajaya diberi kemudahan oleh Allah subhanahu wataala.

Hentikanlah politik yang hanya bergantung kepada satu lubang sahaja, carilah perkara lain yang lebih meyakinkan rakyat dan boleh dijadikan pedoman buat anak cucu dan generasi akan datang. Kita tidak rela dan mampu untuk ditempelak oleh generasi zaman baru nanti , generasi dekad mendatang sebagai politikus yang bertahan dek kerana satu lubang dibelakang. mampukah kita........?.

mppendang

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive