Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 01, 2011

Maut angkara suara ghaib


Anak panah menunjukkan tempat Shamsul Kamal (gambar kecil) terjatuh dan maut dari sebuah flat di Bukit Gedung, George Town kelmarin.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang didakwa mendengar namanya dipanggil oleh suara ghaib, maut setelah dia terjatuh dari tingkat lima sebuah flat di Bukit Gedung di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, Shamsul Kamal Mohd. Shafeeuddeen, 24, cedera parah di kepala dan mati dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik didakwa terdengar panggilan misteri memanggil namanya.

Dia kemudian keluar dari rumahnya yang terletak di tingkat dua di flat berkenaan.

Seorang abang mangsa yang melihat tindakan Shamsul, cuba memujuknya supaya tidak terpengaruh dengan suara ghaib itu namun, tidak diendahkannya.

Selepas gagal dipujuk, seorang saksi yang dikenali sebagai Harun, 30-an bercerita, Shamsul berlari ke tingkat lima sambil dikejar oleh abang mangsa.

"Melihat si abang mengejarnya, mangsa tiba-tiba terjatuh dari beranda flat di tingkat lima yang berketinggian 25 meter," kata Harun lagi.

Dalam pada itu, seorang jurucakap polis berkata, mangsa yang bujang dan bekas pekerja kilang itu didakwa pernah mengikuti ajaran satu kumpulan agama yang berpangkalan di negeri ini beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap itu, selepas dipujuk keluarganya, mangsa mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan agama itu dua tahun yang lalu.

"Sejak itu, mangsa didakwa mengalami gangguan emosi dan perlu menjalani proses pemulihan termasuk mendapatkan rawatan psikiatri di HPP," katanya di sini semalam.

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/2/11 3:39 PTG

    suara ghaib biasanya dari JIN..tapi ajal maut hanya di tangan ALLAH sahaja...tiada kuasa lain yg mencabut nyawa manusia..kematian cara tu hanya penyebab saja...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive