Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 28, 2012

Fathul Bari saran Pas keluar Pakatan KAH! KAH! KAH!

Fathul (tengah) pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

DEY MACHA!!!
SAKIT PERUT GUA GELAK DENGAN MAMAT NI
NAK JADI ULAMAK PUN TAK PAYAHLAH BUAT SIDANG MEDIA KAT BANGUNAN UMNO
NAMPAK SANGAT HANG NI ULAMAK UMNO
DAH TENTULAH IDEA HANG NI IDEA UMNO
KAH! KAH! KAH!

PAS TAK BANGKIT ISU HUDUD PUN HANG NAK KECOH
MANA PUNYA STOK ULAMAK MACAM NI?
PATUTLA UMNO DOK BANGKIT ISU HUDUD SETIAPKALI NAK PILIHANRAYA
RUPANYA ULAMAK INI PUNYA IDEA
KAH! KAH! KAH!

SEBELUM HANG NAK NASIHAT PAS KELUAQ PAKATAN
HANG TU SENDIRI SURUH UMNO SERTAI PAS
LAGI BAGUIH PASAI PAS PERJUANG ISLAM
UMNO PERJUANG BANGSA
TAKKAN ITU PUN HANG TAK BOLEH PIKIAQ?
KAH! KAH! KAH!



SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.

“Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.

“Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya.

"Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja.

Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.

"Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini.

“Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama,” katanya.

Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu.

Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

“Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.

“Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut dalam manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah.

“Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.

SH


3 ulasan:

  1. Ulamak ke dia ni..pnbodek n pyemak adalah.
    Untung nasib dapat jadi calun pru13.

    BalasPadam
  2. Wang boleh buat apa saja.... Dunia Dunia. Kuat agama pun kantoi pada Duitan Dunia.

    BalasPadam
  3. mana dtgnya si mamat bengkok niiii

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive