Oleh Adil Mat Selamat
BARU-BARU ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal ‘projek rembat tanah rakyat’ oleh UMNO-BN di negeri Selangor.
Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah ‘dibeli’ dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor.
Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit.
Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu.
Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat ‘onar’ kepada rakyat.
Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi amalan harian mereka.
Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu ..dulu..kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.
Persoalan yang menarik di sini ialah;
Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN?
Selepas diagih tanah berkenaan, ia dibangunkan (baca; jual kembali) dengan harga berlipat-lipat-lipat kali ganda. Siapa sebenarnya yang buat duit dengan projek itu?
Sudah berapa ratus juta mereka ‘meratah’ wang daripada hak rakyat ini?
Dan, ada berapa banyak tanahkan (projek sebegini) dikerjakan sejak UMNO-BN memerintah Selangor?
‘Projek rembat tanah rakyat’ UMNO-BN Selangor itu juga merupakan satu lagi bukti bagaimana kek ekonomi diagih megikut dasar politik UMNO. Ia juga menjadi indikasi bagaimana kek ekonomi negara dibahagikan kepada kroni masing-masing .
Menurut laporan, daripada 24 bidang tanah yang dirembat UMNO-BN Selangor itu, 15 bidang tanah dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).
Inilah contoh dasar UMNO baik di peringkat negeri mahupun pusat. Beginilah UMNO memimpin parti komponen yang menjadi barua mereka selama ini dengan ‘merasuah’ MCA, MIC dan Gerakan. Itu belum kita lihat bagaimana UMNO merasuah parti di Sabah dan Sarawak.
Tanah yang dibeli oleh UMNO Subang contohnya, ia membeli dengan harga premium RM1 sekaki persegi dan kini tanah berkenaan bernilai tidak kurang daripada RM200 sekaki persegi, dan kini ia juga dibangunkan menjadi kondominium mewah.
Ini perniagaan apa ya? Adakah Donald Trump, usahawan hartanah di Amerika itu mampu membuat projek sebegini ‘masyuk’?
Tak lain tak bukan, inilah perniagaan yang dirintis UMNO. Inilah cara UMNO buat duit selama ini. Inilah cara Tun M menswastakan harta rakyat (negara). Inilah cara UMNO bernafas selama ini. UMNO memang semua boleh, duit haram boleh projek haram pun tak salah.
Laporan Transpatrency International – Malaysia yang melaporkan baru-baru ini, ranking Malaysia sedikit meningkat tidak lain hanya membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya rasuah. Tidak ada apa-apa makna jika ranking naik tidak seberapa, bertempik pula ia hebat sedangkan tanah rakyat Selangor habis dirembat.
Rupa-rupanya dalam diam, UMNO menjadi dalang menghisap darah rakyat. Mereka melalaikan orang Melayu dengan slogan perkauman dan menipu umat Islam dengan memperalatkan Islam menggunakan slogan agama yang syumul.
Beginilah modus operandi mereka selama UMNO BN memerintah.
Siang bertempik nak membela nasib orang Melayu dan nak menegakkan Islam, tetapi ketika malam, habis diligannya semua harta dan hak rakyat. Inilah UMNO, dulu kini dan selamanya rasuah!
Tidak tahulah masih adakah rakyat yang boleh menerima perangai UMNO-BN macam itu dan sanggup lagi mengundi parti itu untuk terus memerintah negasra pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Kalau ada pun mungkin kalangan ahli UMNO-BN yang mendapat bahagian sama ‘merembat’ hak rakyat terutama kroni yang mendapat projek mewah daripada kerajaan BN.- Roketkini.com
DD
Apesal
BalasPadamDlu bukan nenk moyang ko yg cari merdeka?? Bz melancap agaknya time tu pastu dapt cucu cicit setan hahha..bodoh piang punye melayu.
owg atas aq x betullll
BalasPadam