Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 20, 2012

GILA SEKS PEKERJA ASING,DUA KANAK-KANAK DICABUL



LAHAD DATU: Polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Lahad Datu menahan dua lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam kes cabul dalam dua kejadian berasingan di Ladang Felda Sahabat 10 dan Ladang Felda Sahabat 48, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Ang Seow Aun berkata dalam kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun telah dicabul oleh seorang lelaki warga asing berumur 23 tahun di sebuah rumah kongsi di Ladang Felda Sahabat 10.
“Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Ahad itu, mangsa yang sedang berjalan berseorangan telah dipanggil oleh suspek untuk masuk ke rumahnya, suspek kemudiannya menyuruh mangsa memijak belakangnya dan berjanji akan memberi mangsa wang sebanyak RM5,” katanya.

Sejurus selepas itu, suspek seterusnya telah mengambil kesempatan mencabul mangsa dengan memasukkan jari telunjuknya ke dalam kemaluan mangsa.

Selepas kejadian itu, mangsa kemudian pulang ke rumahnya dan memberitahu perkara itu kepada ibunya sebelum ibu mangsa bertindak membawa anak perempuannya ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan dan seterusnya melaporkan perkara itu di balai polis.

Ang berkata, ekoran daripada aduan yang diterima, sepasukan anggota JSJ telah bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek di rumahnya pada Isnin lalu kira-kira jam 4 pagi.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada hari yang sama, seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun turut menjadi mangsa cabul oleh seorang lelaki warga asing dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam di Ladang Felda Sahabat 48.

Menurut Ang, dalam kejadian kedua itu, mangsa yang sedang bermain sendirian di luar rumahnya telah didatangi oleh seorang lelaki berumur 25 tahun, yang terus mengangkat mangsa dan membawanya masuk ke rumah kongsi lalu mencabul mangsa.

“Namun, perbuatan suspek telah dilihat oleh seorang saksi melalui jendela yang kebetulan terbuka ketika itu, lalu bertindak memaklumkan hal berkenaan kepada ahli keluarga mangsa dan kemudiannya membuat laporan polis.

“Ekoran daripada kejadian itu, sepasukan anggota JSJ Daerah Lahad Datu telah bergegas ke tempat kejadian. Suspek kemudiannya berjaya ditangkap pada hari yang sama di rumah kongsinya pada jam 11 malam,” katanya.

Ang berkata, kedua-dua suspek terbabit kini ditahan reman selama enam hari dan akan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.(UB)

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive