Sabtu, Disember 08, 2012
PANAS!!! Gajet Baru Untuk Pemandu Elak Perangkap AES
KUALA LUMPUR: Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang.
Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera.
Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan.
Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang.
Seorang ejen menunjukkan cara memasang plat yang dijualnya.
Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan.
Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond 'Goldfinger' dan Thunderball, pada tahun 1960-an.
Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES.
Ia sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di sekitar Lembah Klang.
Malah, terdapat juga peniaga di sekitar Johor dan Pahang.
Pemandu juga boleh membawa peranti ke kedai-kedai aksesori kenderaan untuk dipasang dengan upah kira-kira RM30.The Star bertemu seorang ejen di Bandar Sri Damansara yang mempunyai beberapa unit alat ini di dalam but keretanya.
Lelaki itu, dalam usia 40-an menjelaskan bagaimana untuk memasang penutup plat, wayar dan bingkai logam serta bagaimana untuk mengujinya sebelum digunakan.
"Pada mulanya, saya menjual satu atau dua unit kepada kawan rapat melalui Facebook tetapi kini permintaan sangat baik dengan adanya AES dan saya dapat menjual kira-kira 15 unit sehari," katanya.
Dia juga menawarkan lain-lain "nasihat" yang melanggar undang-undang, seperti di mana letaknya perangkap kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Karak.
"Jika anda ke Johor Bahru, tutup nombor plat depan kerana kamera hanya menangkap gambar dari hadapan. Jika anda menuju ke Kuantan, Pahang, tutup nombor plat belakang kerana kamera hanya menangkap gambar dari belakang," katanya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Awang berkata menutup nombor plat adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pesalah boleh disaman dan diperintah untuk menghapuskannya. Adalah suatu kesalahan jika plat atau sebahagiannya dilindungi, begitu juga jika saiz huruf atau nombor berubah dan tidak boleh dilihat dengan jelas.
"Jika ditangkap, pesalah perlu membuka alat tersebut dan membawa kenderaan untuk pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.mstar
sumber: BARANGBAIK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Disember
(87)
- LIVE AMBANG TAHUN BARU BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS
- Rebet RM200 memang sebenarnya cuma "jualan penghab...
- PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN
- LAWAK AHAD: POTONG
- BERANIKAH TV3SUKU DAN RTM SAHUT CABARAN TG HJ HADI?
- Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima...
- GAMBAR: TANAH RUNTUH DI BUKIT SETIAWANGSA
- MASJID UNIVERSITI MULTIMEDIA BILA NAK JADI BESAQ?
- Menggigil Lutut Iblis
- Fathul Bari saran Pas keluar Pakatan KAH! KAH! KAH!
- JOM MAKAN DURIAN,SATU LORI UNTUK DIHABISKAN
- Bekas penyanyi dituduh rogol anak tiri
- Pesta Seks Di Port Dickson Kementerian Pelancongan...
- Kes Saman Anwar-Khairy Digantung, Khairy Diperinta...
- Sebelum memilih, pandang segalanya dengan mata hati
- TV3 Suku... Stesyen TV Haprak...!!!!
- WARTAWAN CAP AYAM TV3SUKU
- VIDEO DAN GAMBAR MAT MOTOR SERBU TV3
- Zizan Maharajalawak turut sama bantah AES depan Sr...
- LAWAK AHAD: JANDA BERBOGEL
- DEMONSTRASI TARIAN TIANG DATARAN MERDEKA
- Tok Guru Nik Aziz Bakal Saman RM 100 Juta Bloger F...
- Wajib Ubah Sebelum Negara Parah
- Mahasiswa Berkhemah Kena Penjara, Perogol Mengaku ...
- Budak 3 tahun diseret sejauh 10km
- POLIGAMI
- Wang Haram 200b: Najib Menteri Kewangan 'terbaik' ...
- Jom lepas marah anda secara aman pada k'jaan
- Pemimpin Ikhwan al-Muslimi Doakan Kejayaan PAS Pad...
- Antara sumpah Najib, sumpah Mahsuri dan sumpah Han...
- Serangan biadab: Rais Yatim wajar pohon maaf
- GILA SEKS PEKERJA ASING,DUA KANAK-KANAK DICABUL
- SEMUA SAMAN AES MESTI DIBATALKAN
- STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI
- Harussani Jadilah Mufti Agama, Bukan Mufti Melayu
- NAJIB TOLONG JAWAB SAT
- AES DIGANTUNG PASAI NAK PILIHANRAYA?
- GEMPAQ!!! I-CITY KENA SUMPAH JADI KEBUN KELAPA SAWIT
- AIR MINERAL CEKIK DARAH DI I-CITY
- TV3SUKU DAH KECUT TELOQ BRO
- LAWAK AHAD: PROGRAM DIET GILA BABI
- Fitnah Umno Terhadap Tuan Guru Nik Aziz Gagal Lagi!
- LIVE: PAS GANTI UMNO 6.0 TERENGGANU
- RM15,000 untuk buah zakar Bieber
- APA BARANG POTONG TELINGA BRO,AWEK NI NAK POTONG P...
- Gambaran Manusia Yang Melakukan Dosa Di Padang Mah...
- LIVE AFF 2012: THAILAND VS MALAYSIA
- MAZIDUL TAK BOLEH JAWAB SOALAN SENANG,DIA MINTAK B...
- KAJIAN MENUNJUKKAN AES BERTUJUAN KAUT UNTUNG
- TV3SUKU BERAK TENGAH JALAN MANA NAK MENGAKU BRO...
- MAT MOTOR JOM BOIKOT TV3SUKU
- 10 MAKANAN UNTUK SEKS LEBIH BAIK
- Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang
- UMNO, dulu… kini… dan selamanya rasuah
- PRU 13 - Najib diselubungi kebimbangan
- LIVE AFF 2012: MALAYSIA VS THAILAND
- SAMSENG CAT MERAH SEMBUR KAMERA AES
- LAWAK AHAD: NENEK KEBAYAN AMENO
- JANJI DICAPATI VS JANJI MONOREL
- KEPUTUSAN EPL 08/12/12
- PANAS!!! Gajet Baru Untuk Pemandu Elak Perangkap AES
- TNB BOLEH JIMAT 3.5 BILLION SETAHUN JIKA PR JADI K...
- JADI KA NAK TUTUP KAMERA AES PETANG NI?
- ANTARA MATI DAN TUA…
- Ceroboh tapak ceramah suatu kesalahan – Musa Hassan
- KANTOI! Wanita Dakwa Kena Gangguan Seksual Pegawai...
- [BERGAMBAR] Kes Polis Rogol Amah: Lagi Demo Anti-M...
- Pasai pa Najib, Rosmah tak nafi dakwaan Deepak?
- Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang...
- UMNO arah provokasi ceramah Gombak,SMS sebagai bukti
- UMNO GUNA PESILAT GANGGU CERAMAH DI GOMBAK ?
- Tawaran Untuk Merobohkan Kamera AES Secara Percuma
- TERKINI!!! SEORANG CEDERA TERKENA PISAU DI JELAJAH...
- AKSI KAMIKAZI WANITA UMNO?
- KAMERA AES DI LEBUH RAYA SKVE DICABUT
- JANGAN TAKUT TUKAR KERAJAAN
- Satu Malaysia Tolak Apa ?
- Perhimpunan UMNO Tak Fokus Masalah Rakyat, Tapi Ha...
- Selangor beri tempoh akhir cabut kamera AES
- APA GUNA PAKAI KELAMBU KALAU ADA NYAMUK KAT DALAM?
- Pemimpin UMNO seleweng tanah Melayu, cuba salahkan...
- 55 TAHUN MERDEKA : MATAPELAJARAN AGAMA ISLAM MASIH...
- PANAS! Bukti Umno Bakal Kalah Dalam Pilihanraya Umum
- LAWAK AHAD: KUIH HIJAU
- LIVE (HD) AFF 2012 : MALAYSIA VS INDONESIA
- BIASA ORANG CAKAP NAK POTONG KOTE, INI ORANG CUMA ...
- Betoi Ka UMNO Rancang Huruhara Jika Kalah PRU13 Na...
-
▼
Disember
(87)