Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 19, 2012

NAJIB TOLONG JAWAB SAT



Sikit pencerahan tentang istilah pengaliran keluar wang haram atau ‘ Illict financial flow’, ianya adalah istilah yang digunakan untuk pengaliran wang merentas keluar sempadan Negara yang samada diperolehi secara haram, dipindahkan ataupun digunakan.

Kebanyakkannya berlaku melalui invois yang diistiharkan samada kurang atau lebih, biasanya kurang.. contohnya harga pasaran bagi sesuatu barangan itu ialah RM1000 tetapi ianya telah diistiharkan oleh pengeluar berharga RM100 kepada Kastam.

Tujuannya ialah bagi mengurangkan cukai yang dikenakan oleh pihak Kerajaan..

Selain itu aliran kewangan haram juga diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti rasuah, urus niaga yang melibatkan barang-barang seludup, kegiatan jenayah, dan usaha untuk melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa negara.

Dan contoh bagi aktiviti tidak membabitkan perniagaan itu ialah apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.. antaranya RM40Juta untuk UMNO Sabah dan Pemimpin UMNO ditahan di Australia kerana cuba menyeludup lebih dari RM1 Juta dalam bentuk tunai..

Itu yang berjaya ditahan… yang tidak ditahan pasti lebih ramai dan lebih besar jumlahnya..

Secara kumulatif, Malaysia menduduki tempat ketiga, di belakang China
dan Mexico, dengan sejumlah USD285.2 bilion (RM871.4 bilion) setelah
disalurkan keluar daripada ekonomi negara melalui jenayah, rasuah,
pengelakan cukai dan lain-lain aktiviti haram antara 2001 dan 2010.

Sekiranya terus dibiarkan, imej dan integriti negara akan menerima kesan buruk, terutamanya kepada pelabur global.

Kenapa Najib perlu jawab?



Baca kenyataan media dari Ketua Menteri Pulau Pinang di bawah ini...


Menteri Kewangan Dato’ Sri Najib Tun Razak harus memberi penjelasan kepada 28 juta rakyat Malaysia tentang kerugian RM200 bilion wang haram yang telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 serta skandal kerugian RM871 bilion sepanjang 10 tahun yang terakhir atau mengakui kegagalan ETP. Jika Najib berdiam diri dan gagal mengambil tindakan dalam skandal RM871 bilion ini, ia akan menonjolkan kegagalan beliau untuk menegakkan kebertanggungjawaban awam serta membuktikan bahawa kerajaan BN membiarkan pengaliran keluar wang haram.

Laporan terbaru badan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpusat di Washington, telah menunjukkan bahawa pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2010 adalah paling tinggi dalam tempoh 10 tahun. RM197 bilion wang haram telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM93 bilion pada tahun 2009, iaitu peningkatan 112%. Malaysia kini memegang rekod memalukan kerana menjadi negara kedua di dunia selepas China bagi aliran keluar wang haram.


Laporan GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan Dari Negara Membangun: 2001–2010” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). GFI telah memberi amaran bahawa pengaliran keluar modal di Malaysia kini berada “di skala yang jarang dilihat di kalangan negara-negara Asia”.

GFI telah menyatakan bahawa anggaran wang haram mereka adalah “sangat konservatif”. Sementara Malaysia menduduki tangga No.2 di dunia pada tahun 2010, Malaysia merupakan No.3 di dunia sepanjang 10 tahun dari 2011–2010. Jumlah 10 tahun untuk Malaysia dianggarkan pada USD285 bilion (RM871.4 bilion), sementara China adalah USD2,740 bilion dan Mexico USD476 bilion.

GFI juga kata bahawa penyalahtentuan perdagangan – iaitu keuntungan yang dipindahkan melalui invois yang terlebihan atau terkurang – membentuk secara purata 80.1 peratus aliran keluar wang haram dari negara-negara membangun. Wang haram yang lain bersumber daripada rasuah, korupsi, pencurian dan sogokan.

Najib telah berjanji tahun lepas bahawa siasatan akan dijalankan oleh Bank Negara, namun keputusan siasatan tersebut belum diumumkan oleh Bank Negara untuk menjelaskan pengaliran wang haram yang besar ini, walaupun ahli-ahli ekonomi GFI telah menawarkan bantuan. Adakah ini satu lagi kes “Janji Tak Ditepati” oleh BN?

Laporan GFI hanya membuktikan hasil kajian laporan Transparency International 2012 yang menunjukkan bahawa Malaysia mendapat tempat paling teruk dalam Kajian Pemberi Rasuah dalam kategori perniagaan yang hilang akibat rasuah. Dalam kategori ini, Malaysia mendapat tempat paling teruk, lebih teruk berbanding Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%). Najib harus menjelaskan skandal RM871 bilion ini untuk menyangkal label yang memalukan negara kita ini.

Lim Guan Eng

darisungaiderhaka

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive