Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 16, 2012

Fitnah Umno Terhadap Tuan Guru Nik Aziz Gagal Lagi!


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menggagahkan diri untuk menghadiri perhimpunan PAS Ganti Umno (PGU) di Dungun, Terengganu hari ini bagi menyangkal dakwaan oleh musuh politiknya bahawa beliau 'sakit berat'.
Dipetik Harakah Daily, Nik Aziz berkata, beliau mahu membuktikan masih sihat walaupun sesetengah pihak membuat dakwaan dan andaian tidak berasas.

"Saya hadir di PGU Terengganu sebab ada orang telefon setiausaha saya, kata Umno, kata Nik Aziz sakit berat.

"Saya kata, 'ini kena pergi ini'. Alhamdulillah saya dapat hadir," kata Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS ketika berucap merasmikan perhimpunan ini pagi tadi.
Dakwaan dan andaian seumpama itu bukan kali pertama dihadapi oleh beliau, yang mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990.
PGU Keenam berjalan di Kuala Paka mulai pagi tadi hingga malam ini.
Semalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Terengganu berjalan di tempat yang sama.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu antara tertamu utama yang berucap pada himpunan malam tadi.
Malam ini, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan bekas timbalan menteri, Yahya Lampong antara tetamu utama yang akan berucap.

jalanpulang1978

1 ulasan:

  1. cerita pasal pas, tapi iklan kat blog pasal nak pancut lambat.. macam ni je la pemikiran org penyokong pembangang eh pembangkang nih.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive