Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 29, 2012

GAMBAR: TANAH RUNTUH DI BUKIT SETIAWANGSA


KUALA LUMPUR - Benteng konkrit di Bukit Setiawangsa di sini runtuh malam ini menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.







Kejadian dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah, yang berisiko runtuh lebih teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan , Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak polis kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Lokasi kejadian tidak jauh dari kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit itu dan difahamkan kurang daripada 10 terletak berhampiran tebing itu.

"Ini kejadian pertama sejak saya menetap di sini 16 tahun lepas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Pasukan bomba dan polis dilihat berada di lokasi kejadian.

Penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman masing-masing dan mengambil dokumen dan barangan penting selain mengalihkan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang penduduk B.Selvarani, 26, berkata beliau terdengar bunyi tanah runtuh di belakang rumah teresnya di bawah tebing berkenaan.

"Tanah yang runtuh hampir masuk ke dalam rumah saya," katanya yang ketika kejadian sedang membasuh baju.

Selvarani berkata, dia segera membawa keluar anggota keluarganya seramai empat orang dari kediamannya.

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis dan bomba belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

SH


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive