Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 03, 2012

Selangor beri tempoh akhir cabut kamera AES

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memberi tempoh akhir tiga hari lagi kepada Kementerian Pengangkutan untuk merobohkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika pihak kementerian gagal berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya hujung minggu ini.

“Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

“Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau sebelum ini bersama bersama Exco Yaakob Sapari turut melawat ke lokasi kamera AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).

Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang kawasan itu dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan kamera AES di Selangor.

Bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kementerian setakat ini dan kerajaan negeri memberikan tempoh akhir beberapa hari lagi.

Selangor sebelum ini antara negeri yang mahu kerajaan pusat menangguhkan pemasangan kamera AES di negeri itu sehingga satu kajian melibatkan semua pihak dibuat terlebih dahulu.

Selain Selangor, semua negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Kelantan, Kedah Pulau Pinang turut membuat keputusan serupa.

Harakahdaily


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive