Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 12, 2012

KAJIAN MENUNJUKKAN AES BERTUJUAN KAUT UNTUNG

Kajian KPRU: AES berfungsi untuk kaut keuntungan

KUALA LUMPUR: Secara amnya, kajian Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan.

Justeru, KPRU berpandangan jika kerajaan adalah serius bagi memperbaiki keselamatan jalan raya para pengguna di Malaysia, maka suatu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan.

Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan.

Berikut ialah hasil kajian berkenaan.

Kajian KPRU: AES berfungsi untuk kaut keuntungan
KUALA LUMPUR: Secara amnya, kajian Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan.

Justeru, KPRU berpandangan jika kerajaan adalah serius bagi memperbaiki keselamatan jalan raya para pengguna di Malaysia, maka suatu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan.

Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan.

Berikut ialah hasil kajian berkenaan.

Pengenalan

Salah satu elemen utama tadbir urus negara moden yang membentuk legitimasi sebuah rejim pemerintah ialah keterbukaan dari segi proses konsultasi atau rundingan berkenaan dengan penggubalan sesuatu dasar. Apabila sebuah sistem yang melibatkan kesejahteraan/kepentingan rakyat terbanyak seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan dilakukan tanpa persetujuan kerajaan negeri/tempatan atau rundingan terbuka bersama rakyat, seperti yang dapat dilihat di negara-negara seperti Amerika Syarikat, pelaksanaan sistem tersebut akan dibantah secara terbuka. Hal ini kerana pelaksanaan yang dilakukan secara tertutup, sepertimana yang berlaku di Malaysia, memberi isyarat bahawa pelaksanaan dasar tersebut tidak dilakukan dengan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan kapitalisme/kronisme.

Seharusnya, dalam pelaksanaan mana-mana dasar penting, mengambil contoh negara Sweden, perancangan dan pelaksanaan sistem AES melibatkan proses konsultasi di mana rakyat diminta untuk mengambil bahagian untuk menjadikan pelaksanaan sistem AES tersebut lebih efektif. Sedangkan di Malaysia, hampir keseluruhan proses dilakukan secara tertutup, fakta-fakta berkaitan sistem AES hanya diketahui selepas kontrak pelaksanaan tersebut ditandatangani.

Pelaksanaan AES telah membangkitkan bantahan daripada pelbagai pihak. Dalam usaha mengkaji bantahan-bantahan terhadap AES, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati corak am yang agak sama dengan perkembangan unik masing-masing di beberapa buah negara yang juga melaksanakan sistem berkenaan. Justeru, KPRU merumuskan dua perkara utama untuk penelitian kita bersama apabila membicarakan isu pelaksanaan sistem AES seperti berikut:

1. Selain Malaysia, pelaksanaan sistem AES juga mendapat bantahan di negara-negara lain yang melaksanakannya. Hal ini kerana pelaksanaan sistem AES dilihat sebagai percubaan mengumpul hasil/meraih keuntungan oleh kerajaan dan syarikat swasta yang membekalkan/menguruskan kamera-kamera AES, pada masa yang sama membebankan rakyat dengan saman trafik.

2. Pelaksanaan sistem AES di negara lain bukanlah cara utama kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya. Sebaliknya, ianya bersifat komplimentari, pembangunan bersama sistem pengangkutan awam yang sistematik, cekap, berkesan dan menyeluruh.

Penemuan Pertama

Selain Malaysia, pelaksanaan sistem AES juga mendapat bantahan di negara-negara yang melaksanakannya. Hal ini kerana pelaksanaan sistem AES ini dilihat sebagai percubaan mengumpul hasil/meraih keuntungan oleh kerajaan dan syarikat swasta yang membekalkan/menguruskan kamera-kamera AES, pada masa yang sama membebankan rakyat dengan saman trafik.

Amerika Syarikat

Kumpulan anti kamera kelajuan Camerafraud telah memperlihatkan peningkatan dalam sokongan daripada 100 orang ahli kepada 1500 orang ahli dalam tahun 2008. Pada Julai 2010, Kumpulan tersebut telah mengumpul tandatangan sebanyk 150,000 bagi menolak pelaksanaan kamera kelajuan.[1]

Penolakan penggunaan kamera kelajuan ini memperlihatkan sebanyak 13 negeri[2] di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang khas untuk menolak penggunaan kamera kelajuan di lebuh raya-lebuh raya. Bagi negeri-negeri yang memasang kamera kelajuan, warga negeri tersebut mengambil langkah untuk menyusahkan kamera-kamera kelajuan mengambil gambat plat kereta mereka. Contoh tindakan yang diambil boleh dilihat di Maryland di mana kamera lampu merah mula dipasang pada tahun 1997 dan kamera kelajuan pada tahun 2007[3]. Para pengguna jalan raya di negeri tersebut mula menggunakan teknik NoPhoto di mana plat kereta menggunakan dua benda yang kecil yang memantul cahaya di hujung plat kereta. Dua benda ini akan memutarbelitkan gambar yang diambil oleh kamera.

Penggunaan kamera kelajuan untuk meraih keuntungan ini dapat dilihat di Washington DC apabila bandar tersebut membelanjakan sebanyak USD$52.7 juta kepada ACS State & Local Solutions untuk memasang, mengendali dan menyelenggara jaringan kamera trafik di bandar tersebut. Pelaksanaan kamera trafik di bandar tersebut pula menghasilkan sebanyak USD$85 juta dalam saman trafik pada tahun 2011. Nilai saman trafik bagi para pemandu yang membawa kenderaan mereka dengan kadar 25 mph (40.2 km/j) melebihi had kelajuan dinaikkan kepada USD$300 daripada USD$250. Had kelajuan bagi jalan raya di kawasan luar bandar ialah 50 mph dan 60 mph di lebuh raya.[4] [5] Ini adalah berikutan sebuah laporan akhbar pada bulan Mac 2012 melaporkan bahawa bandar tersebut menghadapi USD$172 juta dalam defisit dan sebuah rancangan untuk menambah hasil (revenue) bandar tersebut adalah dengan menambah pungutan hasil ekoran program kamera trafik sebanyak USD$31 juta pada tahun 2012 dan USD$40 juta pada tahun 2013.[6]

Negeri California pula menaikkan kadar saman trafiknya kepada USD$271 di mana Lockhead Martin (syarikat pembekal kamera trafik di negeri California) akan meraih keuntungan sebanyak USD$70 bagi setiap USD$271 saman yang dikeluarkan.[7]

Bandar lain di Amerika Syarikat tidak terkecuali dengan projek meraih keuntungan melalui kamera AES. Di bandar Chicago, Datuk Bandar Rahm Emanual bergantung kepada keuntungan daripada sisem AES yang bernilai USD$30 juta dalam saman trafik untuk membiayai projek keselamatan kanak-kanak bandar tersebut. Kadar saman trafik di bandar Chicago adalah seperti yang berikut: USD$35 bagi kesalahan memandu antara 6 mph – 10mph (9.6 km/j – 16 km/j) melebihi had kelajuan di kawasan persekolahan, dan USD$100 bagi kesalahan memandu dengan kadar 11 mph (17 km/j) melebihi had kelajuan .[8] Had kelajuan bagi jalan raya adalah masing-masing 65 mph (104 km/j) bagi lebuh raya di kawasan bandar, 55 mph (88 km/j) bagi lebuh raya di kawasan luar bandar, 30 mph (48 km/j) di kawasan perumahan dan 20 mph (32 km/j) di kawasan persekolahan.[9]

Kanada

Kamera kelajuan di negara Kanada mula dipasang pada tahun 1988 di British Columbia. Pada ketika itu, 75 peratus warga Kanada menunjukkan maklum balas positif terhadap pemasangan kamera kelajuan. Namun, maklum balas itu berbeza pada tahun 2001 apabila 32 peratus daripada 2,114 respondan yang mengambil bahagian dalam satu kajian menolak pemasangan kamera kelajuan di lebuh raya. Corak am penolakan pemasangan kamera kelajuan di Kanada berbeza-berbeza.[10]

Sepertimana di Amerika Syarikat, pemasangan kamera trafik di Kanada, contohnya di bandar Calgary, di mana nilai saman trafik bagi mereka yang ditangkap oleh kamera lampu merah adalah sebanyak CAD$287 dan nilai saman trafik bagi mereka yang membawa kenderaan melebihi had kelajuan adalah sebanyak CAD$136. Selain itu, jumlah saman trafik yang dikeluarkan oleh lima simpang utama bandar tersebut adalah sebanyak 73,839 bagi tahun 2011.[11] Di bandar Calgary, Kanada, pihak berkaitan meraih keuntungan sebanyak CAD$10,042,104 pada tahun 2011 bagi kesalahan kelajuan semata-mata.

Malah majlis perbandaran Winnipeg telah mengakui bahawa program AES adalah bertujuan untuk meraih keuntungan dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Ini adalah berikutan laporan dalaman[12] yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran tersebut yang menyatakan bahawa “the report going to the protection committee confirmed for the first time publicly that city bureaucrats are recommending the continuation of photo enforcement largely for revenue reasons and not for traffic safety purposes.”

Persoalannya adalah sama ada Kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Pengangkutan juga mempunyai pemikiran yang sama seperti majlis perbandaran Winnipeg, Kanada dalam pelaksanaan kamera AES?

United Kingdom

Sudah 20 tahun kamera kelajuan dipasang di United Kingdom di mana kamera pertama yang dipasang ialah di Jambatan Twickenham di daerah Surrey. Kegagalan penggunaan kamera kelajuan bermula apabila pihak berkaitan mula diberikan kebenaran untuk menerima peratusan tertentu daripada hasil yang dijana oleh kamera kelajuan. Ini membawa kepada bilangan kamera kelajuan meningkat daripada 1,600 buah kamera pada tahun 2000 kepada 4,737 buah kamera pada tahun 2007 tetapi keberkesanannya dipertikaikan.

Contohnya kamera kelajuan yang dipasang di Jalan Stoney, di daerah West Midlands, di barat tengah England[13]. Kamera tersebut diberi gelaran “kamera trafik paling licik”. Ini berikutan kamera tersebut dipasang hitam dan ianya tersorok dalam sebuah pokok. Ianya berjaya menangkap 1,500 pelanggar undang-undang jalan raya dalam seminggu ianya mula dipasang dan membawa keuntungan kepada kerajaan tempatan sebanyak £45,000 hingga £90,000 seminggu (RM218,970-RM437,966), lantas menjadikannya ia contoh kamera trafik yang tidak digunakan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan menaikkan keselamatan jalan, sebaliknya sebagai mesin keuntungan pihak berkaitan.

Keberkesanan kamera kelajuan terus dinafikan setelah pihak polis di daerah Avon dan Somerset menyatakan kamera kelajuan gagal untuk membawa sebarang perbezaan atau pengurangan dalam kemalangan jalan raya. Ini berikutan selepas penggunaan kamera kelajuan mula diakhirkan pada Mac 2011, kadar kemalangan jalan raya sebenarnya menunjukkan pengurangan di mana pada tahun 2010, kemalangan jalan raya di Avon adalah sebanyak 312 kemalangan dan angka ini mengurang kepada 258 kemalangan pada tahun 2011. Jalan raya di Somerset juga memperlihatkan pengurangan pasca penutupan penggunaan kamera kelajuan di mana kemalangan jalan raya pada tahun 2010 adalah sebanyak 238, angka ini menurun kepada 224 pada tahun 2011.[14]

Dalam sebuah kajian yang dilakukan di UK, papan tanda yang menyatakan kelajuan seorang pemandu dikatakan 50 kali lagi efektif berbanding kamera kelajuan dalam usaha mengurangkan kelajuan di jalan raya.[15] Semakin banyak daerah di UK yang menutup program kamera kelajuan mereka. pada tahun 2010, 5 daerah di UK, Swindon, Oxfordshire, Wiltshire, Buckingham dan Lanashire menutup program kamera kelajuan mereka.[16]

Malah sehingga Jun 2012, 1522 kamera kelajuan di UK tidak lagi berfungsi atau digunakan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 37 peratus pada tahun 2010 dan 32 peratus pada tahun 2009. Kamera-kamera yang tidak lagi digunakan untuk menangkap para pengguna jalan raya dibiarkan di tempat seadanya sebagai kaedah pencegahan.[17]

Perancis

Akibat kekecewaan terhadap kuota penguatkuasaan kelajuan, sekumpulan pegawai polis telah mengambil tindakan untuk menutup kamera-kamera kelajuan di laluan mereka. Ini adalah kerana, menurut kumpulan pegawai polis tersebut, mereka dipaksa mengisi kuota pengeluaran saman untuk menerima bonus dan menurut kumpulan ini, polisi keselamatan jalan raya di Perancis telah fokus kepada keuntungan dan bukannya memperbaiki keselamatan jalan raya pengguna di negara tersebut.[18]

Pada tahun 2011[19], ribuan pemandu kereta dan motosikal telah melancarkan beberapa siri demonstrasi untuk menentang langkah-langkah keselamatan jalan raya yang baru dan penggunaan meningkat kamera-kamera kelajuan.

Pada tahun 2008[20], pihak polis telah menahan dua orang warga Perancis atas dakwaan meletup dan memusnahkan beberapa puluhan kamera kelajuan di sekitar bandar Paris menggunakan dinamit. Kedua-dua warga tersebut mendakwa mereka merupakan ahli kumpulan Nationalist Revolutionary Army Faction (Finar), iaitu kumpulan yang bertanggungjawab untuk kemusnahan berpuluh-puluh kamera kelajuan. Dan sehingga tahun 2003, sebanyak 1,860 kamera kelajuan di seluruh negara Perancis telah dimusnahkan oleh golongan anti kamera kelajuan.

Penentangan ke atas kamera kelajuan melihat penyambungan di tahun 2012 di mana dua kamera kelajuan telah disembur cat dan dibakar, lantas, merosakkan kedua-dua kamera kelajuan tersebut.[21]

Pelaksanaan sistem AES di Perancis telah memperlihatkan pihak kerajaan Perancis meraih keuntungan sebanyak €639 juta dalam pengeluaran saman trafik bagi kesalahan trafik pada tahun 2011. Manakala dari 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2012, kamera kelajuan telah mengutip sebanyak €324 juta dalam saman[22] dan nilai sebuah saman trafik bagi memandu melebihi had kelajuan di Perancis adalah sebanyak €135.[23] Manakala semenjak program AES dilancarkan pada tahun 2003 sehingga tahun 2012, kerajaan Perancis telah meraih keuntungan kira-kira €700 juta daripada saman trafik.[24]

Australia

Bagi negara Australia, pelaksanaan sistem AES adalah mengikut peruntukan negeri dan bukannya kerajaan persekutuan. Dan keadaan ini dapat dilihat dengan kerajaan negeri mengaut keuntungan bernilai berjuta-juta akibat pelaksanaan sistem AES ini. Negeri Victoria misalnya, pada tahun 2008 sehingga 2009, kerajaan negeri mengaut keuntungan sebanyak AUD$397 juta dalam pengeluaran seman bagi kesalahan trafik. Angka ini melonjak kepada AUD$437 juta pada tahun 2009/2010.[25]

Kerajaan negeri Queensland juga menjangka untuk meningkatkan hasil kutipan daripada saman trafik kepada AUD$81 juta pada tahun 2013 berbanding AUD$53 juta pada tahun 2012. Jangkaan bagi peningkatan hasil ini adalah berikutan kerajaan negeri terpaksa membelanjakan sebanyak AUD$50 juta untuk mengendalikan kamera-kamera kelajuan.[26]

Manakala di New South Wales (NSW) pula, kerajaan negeri tersebut meraih keuntungan sebanyak AUD$23,100,291 di sepuluh jalan raya yang mempunyai kamera kelajuan yang paling banyak merakam kesalahan memandu melebihi had kelajuan yang paling tinggi. Malah jalan Clevelenad St Surry Hills, sebuah jalan yang hanya mempunyai 3 kamera kelajuan berjaya mengutip keuntungan pada purata AUD$1,199,146 bagi setiap kamera.[27]

Penolakan penggunaan kamera kelajuan bagi meraih keuntungan akhirnya ditolak oleh kerajaan negeri tersebut. Ini berikutan kerajaan negeri NSW menutup 38 buah kamera daripada 141 kamera kelajuan selepas ianya didapati kamera-kamera tersebut gagal untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebanyak AUD$10 juta telah diraih oleh 38 kamera tersebu sewaktu digunakan. Lantas, di sebalik menyelamatkan nyawa para pengguna jalan raya di NSW, kerajaan negeri tersebut telah mengakui kegagalan dan mengakui bebanan kewangan 38 buah kamera tersebut ke atas warga NSW dengan menutupi 38 buah kamera kelajuan di negeri tersebut.[28]

Penemuan Kedua

Pelaksanaan sistem AES di negara lain bukanlah cara utama kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya. Sebaliknya, ianya bersifat komplementari, pembangunan bersama sistem pengangkutan awam yang sistematik, cekap, berkesan dan menyeluruh.

Amerika Syarikat

Pada tahun 2011[29], Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah memperuntukkan sebanyak USD$8 bilion bagi pembinaan rel berkelajuan. Projek ini bukan sahaja dijangka membuka peluang pekerjaan di negera tersebut, ianya juga dijangka meningkatkan keberkesanan pengangkutan awam di Amerika Syarikat. Pada tahun 2009, terdapat sebanyak 7,700 jenis sistem pengangkutan awam di negara tersebut. Pada tahun 2011[30], warga Amerika Syarikat mengambil 10.2 bilion perjalanan menggunakan pengangkutan awam.

Bagi Belanjawan tahun 2013 negara tersebut pula[31], Presiden Barack Obama memperuntukkan sebanyak USD$476 bilion selama enam tahun kepada Kementerian Pengangkutan yang melibatkan peningkatan lebuhraya-lebuhraya, jaringan transit dan perkembangan perkhidmatan kereta api. Keberkesanan sistem pengangkutan awam Amerika Syarikat terbukti dengan jelas apabila individu-individu yang menggunakan sistem pengangkutan dikatakan dapat menjimatkan sebanyak USD$10,116 (RM30,550.32) setahun dan penjimatan sebanyak USD$843 (RM2,545.86) sebulan.[32]

Kepentingan pengangkutan awam di Amerika Syarikat lebih jelas apabila di bandar New York, sebanyak 56.7 peratus warga New York membawa kereta, 31.1 peratus menggunakan pengangkutan awam, 1.5 peratus menggunakan teksi, 3.9 peratus menggunakan motosikal, 6.3 peratus jalan kaki dan 0.5 peratus menggunakan basikal untuk bergerak.[33] Namun, bagi negeri seperti negeri California, penggunaan kenderaan persendirian masih diutamakan apabila sebanyak 71.4 peratus kenderaan yang dicatat adalah kereta/lori dan van. Ini berbanding dengan hanya 14.6 peratus warga negeri California menggunakan pengangkutan awam, 4.3 peratus warga California jalan kaki, 1.9 peratus menggunakan basikal dan 1.5 peratus lagi menggunakan teksi, motosikal dan sebagainya.[34]

Bagi laluan kereta api di Amerika Syarikat pula, ianya merupakan suatu jaringan yang menyentuh setiap 50 negeri dengan rancangan kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden Barack Obama untuk membina 17,703 kilometer rangkaian jaringan kereta api berkelajuan tinggi yang akan disiap pada tahun 2030[35]. Kereta api berkelajuan tinggi ini akan menghubungkait bersama kereta api kelajuan biasa lantas menjadikan jaringan kereta api di Amerika Syarikat antara paling menyeluruh di dunia.

Kanada

Sejak tahun 2006, kerajaan Kanada memperuntukkan sebanyak $5 bilion kepada kerajaan tempatan untuk memajukan jaringan pengangkutan awam mereka. Malah dari tahun 2009 hingga tahun 2011, di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Kanada, kerajaan Kanada melaburkan sebanyak $240 juta untuk pembangunan 70 jenis projek transit pengangkutan awam. Seterusnya, di bawah Tabung Pembinaan Kanada (BCF), sebanyak $8.8 bilion telah disalurkan bagi pembangunan jaringan pengangkutan awam di seluruh negara Kanada. Dan di bawah kerjasama BCF dan Major Infrastruktur Component (MIC), sebanyak $2.3 bilion daripada peruntukan kerajaan pusat telah disalurkan kepada 22 jenis projek pembinaan infrastruktur di seluruh negara Kanada.[36]

United Kingdom

Penggunaan jaringan kereta api UK memperlihatkan penggunaan meningkat saban tahun. Tahun 2010/2011 memperlihatkan kadar penggunaan yang paling tinggi dengan lebih daripada 50 bilion perjalanan oleh para pengguna telah direkod. Fakta ini menunjukkan kebergantungan warga UK yang tinggi ke atas pengangkutan awam yang efektif.

Jarak Perjalanan kilometer (bilion) Para Pengguna di Pengangkutan Awam Kereta Api UK tahun 2000-2011[37]

Belanda

Di Belanda, warga negara tersebut digalakkan oleh kerajaannya untuk menggunakan baskal untuk perjalanan mereka. Meskipun warga Belanda terdiri daripada 17 juta orang, tetapi 18 juta penggunaan basikal sehari telah direkod oleh kerajaan Belanda.[38] Di samping itu, di bandar Amsterdam, terdapat 30 buah laluan bas, 16 buah laluan trem, 5 buah laluan feri dan 4 buah laluan bas metro. Malah, bas waktu malam di bandar Amsterdam adalah daripada pukul 12.30 malam sehingga 7.30 pagi[39]. Meletakkan kereta di bandar-bandar dalam negara Belanda pula terdiri daripada tiga jenis; Zon Biru (tiket masa yang bercop), P-Zon (tempat letak bermeter) dan P+R lokaliti (tempat letak kereta di luar bandar dengan pengangkutan awam kerap).[40]

Kesemua perkhidmatan pengangkutan awam di negara Belanda menggunakan kad OV-Chip. Ianya menggunakan pengisian kredit untuk digunakan di seluruh negara. Cara penggunaan kad ini adalah apabila ianya digunakan sejumlah kredit akan ditolak. Apabila seseorang itu keluar, sejumlah itu dimasukkan semula ke dalam kad tersebut.

Pembantu golongan kurang upaya pula mempunyai hak untuk menaiki pengangkutan awam secara percuma jika mereka mempunyai Pas Khas Bantuan Pengangkutan Awam (OV Begeleiderskaart). Bagi golongan kurang upaya yang tiada pembantu khas,, Pejabat Bantuan Kurang Upaya (NS) boleh dihubungi untuk membantu golongan kurang upaya ini. Terdapat 100 stesen di seluruh Belanda yang mempunyai Pembantu Perjalanan untuk golongan kurang upaya. Sesetengah stesen kereta api mempunyai jambatan mudah alih mereka yang menggunakan kerusi kurang upaya, panduan untuk mereka yang buta dan soket khas untuk alat pendengaran mereka yang pekak di kaunter menjual tiket. Bagi golongan kurang upaya yang hendak menaiki teksi, terdapat teksi khas yang mempunyai perjalanan jauh. Perkhidmatan teksi tersebut dinamakan Valys.[41]

Secara dasarnya, Belanda bukan sahaja mempunyai jaringan pengangkutan awam yang menyeluruh, ianya juga mesra golongan kurang upaya dan mengutamakan penggunaan basikal bagi setiap rakyatnya untuk bergerak.

Sweden

Di Sweden, terdapat tiga jenis pengangkutan awam yang disediakan oleh kerajaan negara Sweden. Pertama ialah pengangkutan awam am yang berasaskan jadual dan laluan kepada semua pihak; pengangkutan awam khas yang disediakan kepada kumpulan khas seperti orang kurang upaya dan para pelajar; ketiga ialah pengangkutan awam yang disewa khas dan pengangkutan awam untuk para pelancong.[42]

Di negara Sweden, pengangkutan awam ditadbir oleh kerajaan-kerajaan tempatan. Ini memberi kebebasan kepada kerajaan tempatan untuk memilih laluan dan jumlah keuntungan yang disasarkan. Akan tetapi. Kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan di bawah kerajaan tempatan adalah berkualiti dan terdapat kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan untuk memastikan perkhidmatan seluruh negara adalah selari. Kerajaan pusat juga menyediakan geran untuk penyelidikan dan pembangunan di sektor perkhidmatan awam. Akan tetapi, tiada geran disediakan bagi perkhidmatan tempatan dan rantau Eropah. Seperti di Belanda, pengangkutan awam negara Sweden adalah mesra kurang upaya di mana terdapat dua jenis perkhidmatan yang disediakan untuk membantu perjalanan golongan kurang upaya. Dua perkhidmatan tersebut adalah perkhidmatan Pengangkutan Kurang Upaya dan Perkhidmatan Mobiliti Negara.

Perkhidmatan Mobiliti Negara[43] berfungsi untuk membantu perjalanan golongan kurang upaya dengan menyediakan kereta atau minibus mesra kurang upaya untuk pengangkutan golongan kurang upaya. Perkhidmatan ini bergantung kepada jarak yang disasarkan. Perkhidmatan Pengangkutan Kurang Upaya pula adalah perkhidmatan yang menyediakan kenderaan mesra kurang upaya yang yang tidak kira tempat dan jarak tempat yang disasarkan.[44]

Bagi warga Sweden yang lain, perkhidmatan pengangkutan awam secara amnya terdiri daripada, teksi, basikal, feri dan kereta api yang disediakan oleh Swedish State Railways dan Pas Satu Negara InterRail menyediakan perjalanan untuk tiga, empat, enam atau 8 hari satu bulan dalam negara Sweden.[45] Bagi perjalanan dalam bandar, perkhidmatan trem disediakan seperti di Gothenburg yang menyediakan perkhidmatan seluruh bandar Gothenburg.[46]

Akibat kebergantungan yang tinggi terhadap pengangkutan awam di Sweden, sebanyak 1.2 bilion perjalanan dilakukan secara rantau dan tempatan di negara Sweden menggunakan pengangkutan awam.[47] Bagi perkhidmatan basikal di bandar Stockholm, sesiapa yang tidak mempunyai basikal persendirian boleh menyewa basikal yang disediakan. Penyewaan basikal ini dilaksanakan melalui sewaan automatik di stesen-stesen sewa basikal yang menggunakan komputer dan kad sewaan.[48]

Terakhir sekali, lanskap pengangkutan awam Sweden bakal berubah dengan pelaksanaan projek Swedish Doubling yang merupakan kerjasama antara para operator, kerajaan tempatan, badan pemikir rantau Eropah, penguatkuasa pengangkutan awam dan pembuat keputusan. Projek ini bertujuan untuk menambahkan lagi kualiti pengangkutan awam dan membangunkan lagi pengangkutan awam di negara Sweden. Antara kejayaan projek tersebut adalah persetujuan daripada 50,000 para pemandu seluruh negara Sweden untuk meninggalkan kenderaan persendirian mereka yang menaiki pengangkutan awam secara percuma selama dua minggu. Meskipun ianya masih dalam tempoh percubaan, program ini telah memperlihatkan peningkatan dalam penggunaan pengangkuran awam sebanyak 20 peratus. Program berjaya di bawah Swedish Doubling ini memperlihatkan lebih daripada separuh daripada pemilik kenderaan persendirian meninggalkan kenderaan mereka dan menggunakan pengangkutan awam di bawah program “Park and Ride”. Begitu juga kejayaan program “Bike and Ride” yang memperlihatkan pemilik kenderaan persendirian meninggkalkan kenderaan persendirian mereka dan menggunakan pengangkutan awam.[49]

Perancis

Pemantauan ke atas pengangkutan awam di negara Perancis dilakukan di peringkat negara dengan Suruhanjaya Antarabandar di Perancis akan menilai kemudahan pengangkutan awam. Manakala ianya merupakan tanggungjawab operator pengangkutan awam untuk menyediakan kadar tambang bagi golongan kurang upaya.

Pengangkutan awam di Perancis dikendalikan oleh 7 operator pengangkutan awam[50]. 7 operator ini terdiri daripada:
1.Eurolines – memberi perkhidmatan bas kepada 1500 destinasi seluruh rantau Eropah
2.Eurostar – memberi perkhidmatan kereta api daripada Perancis kepada London.
3.Noctilien – perkhidmatan bas malam yang mempunyai 35 laluan seluruh negara Perancis.
4.RATP Paris Publis Transport Network – memberi perkhidmatan hampir semua perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara Perancis. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah, kereta api metro, bas, trem, kereta api laju, perkhidmatan khas bagi kawasan-kawasan yang tiada perkhidmatan awam dan perkhidmatan khas untuk golongan kurang upaya.
5.SNCF Transilien – merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkhidmat di kawasan-kawasan pinggir bandar.
6. Thalys – memberi perkhidmatan kereta api laju antara Perancis dan Bandar-bandar Utara rantau Eropah.
7.Cityrama – memberi perkhidmatan udara dan kereta api di seluruh negara Perancis.
Bagi pengangkutan alternatif di Perancis, jaringan jalan raya sepanjang 880,000km di negara tersebut, terbuka untuk digunakan oleh para pengguna basikal. Di samping itu, di bandar-bandar seperti di bandar Paris pula, laluan

Penutup

Secara amnya, kajian KPRU mendapati sistem AES berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan. Jika kerajaan adalah serius bagi memperbaiki keselamatan jalan raya para pengguna di Malaysia, maka suatu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan. Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan.

Corak am yang melakarkan pelaksanaan program AES di Malaysia dan di negara lain adalah pelaksanaan program AES adalah berteraskan usaha kerajaan atau pihak berkaitan untuk meraih keuntungan sementara para pengguna jalan raya dibebani dengan kadar saman yang tinggi. Bagi program AES yang berjaya, contohnya di Belanda dan Sweden pula, program AES dikatakan berjaya berbanding negara lain kerana kerajaan di negara-negara tersebut berusaha untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan komprehensif, lantas menjadikan usaha terhadap memperbaiki keselamatan jalan raya, suatu usaha menyeluruh dan tidak terpencil.

Bagi kebanyakan program AES yang dilancarkan, program tersebut dalam kajian ini menemui penentangan daripada rakyat dan pengguna jalan raya negara tersebut. Bagi setiap program AES gagal yang dilaksanakan, ianya adalah kerana kerajaan berkenaan melaksanakan program AES tersebut dalam keadaan tersembunyi, tanpa rundingan bersama rakyat dan para pengguna jalan raya di kawasan tersebut khususnya pada peringkat perancangan. Penentangan yang diberikan oleh para pengguna jalan raya acapkali membawa kepada penutupan program AES akhirnya.

Pada tahun 2006[51], sebuah siasatan samaran di UK telah menemui kamera trafik sememangnya dilakukan untuk meraih keuntungan bagi kerajaan dan syarikat pembekal kamera trafik dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. Malah menurut siasatan tersebut, kamera trafik sememangnya direka untuk mengaut keuntungan daripada pengguna jalan raya di mana saman-saman yang bernilai berjuta-juta akan disalurkan secara rahsia kepada kerajaan dan bukannya memberi semula wang tersebut untuk memperbaiki keselamatan jalan raya.

Ianya harus diberikan perhatian di mana penentangan terhadap syarikat-syarikat pembekal kamera trafik mencapai tahap kritikal di mana terdapatnya laman sesawang yang menyenaraikan kegagalan syarikat-syarikat tersebut. tersebut dalam memperbaiki keselamatan jalan raya. Pada tahun 2011, syarikat berkaitan telah kehilangan sebanyak USD$2.4 juta dalam kontrak berikutan permintaan ke atas kamera trafik yang kian menurun dan penentangan terhadap kamera-kamera trafik yang kian meningkat[52]. Pada tahun 2012, nilai saham syarikat berkaitan di Amerika Syarikat pula menjunam daripada USD$2.10 kepada USD$1.76 (16 peratus) selepas ianya dilaporkan bahawa syarikat berkaitan terlibat dengan amalan rasuah dengan para pegawai majlis perbandaran untuk mendapatkan kontrak pemasangan kamera trafik.[53]

Di Malaysia, di mana kecacatan sistem pengangkutan awam dan amalan rasuah sering dibangkitkan, apakah pelaksanaan sistem AES yang penuh dengan bantahan akan ditangguhkan oleh kerajaan hari ini? Pendek kata, kita nakkan kerajaan yang dahulukan kepentingan kroni atau kepentingan rakyat terbanyak?

[1] CNN, Speed Cameras on US Highways, 4 Jun 2009, http://edition.cnn.com/2009/LIVING/wayoflife/06/04/aa.speed.cameras.highways/index.html
[2] ibid
[3] DelmarvaNow, Battle With Traffic Cameras Intensifies, 11 November 2012, http://www.delmarvanow.com/article/20121112/NEWS01/311120028/Battle-traffic-cameras-intensifies
[4] Washington State Legislature, RCW 46.61.400 Basic Rule And Maximum Limits, http://apps.leg.wa.gov/rcw/default.aspx?cite=46.61.400
[5] WTOP, D.C. Speed Cameras Cost $52M To Operate For Three Years, 22 November 2012, http://wtop.com/41/3129799/DC-speed-cameras-cost-52M-to-operate
[6] Washington Times. EDITORIAL: Speed-camera pain threshold, 27 Mac 2012, http://www.washingtontimes.com/news/2012/mar/27/speed-camera-pain-threshold/
[7] Motorists, Revenue Drives Red Light Cameras, Not Safety. Julai 2001,
http://www.motorists.org/press/revenue-drives-red-light-cameras-not-safety
[8] Chicago Sun Times, Speed-Camera Revenues Figure In Emanuel’s ‘Children First’ Budget, 10 Oktober 2012, http://www.suntimes.com/news/metro/15673202-418/no-new-city-taxes-but-pension-threat-looms-emanuel-says.html
[9] Carrental Scout, Driving and Speed Limits in Chicago,
http://carrentalscout.com/driving-speed-limits-chicago
[10] Monash Uni, Accident Research Centre, The History and Development of Speed Camera Use, September 2005, http://www.monash.edu.au/miri/research/reports/muarc242.pdf
[11] Calgary Herald, Calgary traffic cameras capture thousands of speeders, 2 Mac 2012, http://www.calgaryherald.com/news/Calgary+traffic+cameras+capture+thousands+speeders+video/6237116/story.html
[12] Winnipeg Sun, Photo Radar Could Make Winnipeg Record Profits If 7-Year Deal OK’ed, 18 November 2012,
http://www.winnipegsun.com/2012/11/18/photo-radar-could-make-winnipeg-record-profits-if-7-year-deal-oked
[13] DailyMail, The Sneakiest Camera In Britain? Bus Lane Snooping Machine Hidden Behind A Tree Catches 1,500 Drivers In A Single Week, Netting Council Around £90,000, 26 Jun 2012,
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2164970/Bus-lane-camera-hidden-tree-catches-1-500-drivers-single-week-netting-council-90-000.html#ixzz2CjfhDyBe
[14] BBC, Speeding Fines In Avon And Somerset Fell By 70% Last Year, 13 November 2012, http://www.bbc.co.uk/news/uk-england-20308752
[15] Association of British Drivers, A Review Of The Effectiveness Of Speed Cameras, 9 Januari 2011, http://www.abd.org.uk/downloads/EffSpeedCamReview.pdf
[16] Telegraph, Speed Camera Switch-Off Sees Fewer Accidents, 7 Ogos 2010, http://www.telegraph.co.uk/motoring/news/7931842/Speed-camera-switch-off-sees-fewer-accidents.html
[17] The Sun, Hundreds Of Speed Cameras Off For Good, 4 Jun 2012, http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/4353773/Hundreds-of-speed-cameras-off-for-good.html
[18] VisorDown, French Police Sabotage Speed Cameras, 19 November 2012,
http://www.visordown.com/motorcycle-news--general-news/french-police-sabotage-speed-cameras/21821.html
[19] EuroNews, French Motorists Angry Over New Laws, 16 Jun 2011,
http://www.euronews.com/2011/06/18/french-motorists-angry-over-new-laws/
[20] Telegraph UK, Suspected 'Speed Camera' Guerrilla Blows Himself Up, 28 Mei 2008, http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/france/2041993/Suspected-speed-camera-guerrilla-blows-himself-up.html
[21] The Newspaper, The Newspaper, DC, New Mexico, France: Speed Cameras Marked, Attacked, 29 April 2012, http://thenewspaper.com/news/37/3778.asp
The Newspaper, New Jersey, France: Speed Cameras Shot, Sprayed, Scorched, 12 Ogos 2012, http://www.thenewspaper.com/news/38/3866.asp
[22] The Local, Speed Cameras Make Record Profits For State, 10 Ogos 2012,
http://www.thelocal.fr/page/view/speed-cameras-make-record-profits-for-french-government#.UMVRHuSR-Ds
[23] French Property, Driving In France - Offences And Penalties,
http://www.french-property.com/guides/france/driving-in-france/driving-offences/
[24] France 24, French Speed Cameras Pull In Multimillion Cash Haul, 11 Ogos 2012,
http://www.france24.com/en/20120810-french-speed-cameras-pull-record-cash-haul-french-national-agency-for-automatic-offences
[25] ABC News, Speed Camera Revenue Up 80 Per Cent, 25 Mac 2010,
http://www.abc.net.au/news/2010-03-25/speed-camera-revenue-up-80-per-cent/378724
[26] CourierMail, Newman Government To Add More Speed Cameras And May Outsource Them To Boost Revenue, 29 October 2012,
http://www.couriermail.com.au/news/queensland/newman-government-to-add-more-speed-cameras-and-may-outsource-them-to-boost-revenue/story-e6freoof-1226504919166
[27] The Telegraph, Top Ten Must Lucrative Speed And Red Light Cameras With Eyes On Revenue In NSW, 13 Jun 2011,
http://www.dailytelegraph.com.au/news/top-ten-must-lucrative-speed-and-red-light-cameras-with-eyes-on-revenue-in-nsw/story-e6freuy9-1226073923193
[28] Wakeup 2 The Lies, A Win Against The Police State: A Quarter Of Speed Cameras In NSW Turned Off, 29 Julai 2011,
http://www.wakeup2thelies.com/2011/07/29/a-win-against-the-police-state-a-quarter-of-speed-cameras-in-nsw-turned-off/
[29] USNews, 10 Best Cities for Public Transportation, 8 Februari 2011, http://www.usnews.com/news/articles/2011/02/08/10-best-cities-for-public-transportation
[30] Public Transportation, Facts At A Glance,
http://www.publictransportation.org/news/facts/Pages/default.aspx
[31] DOT, DOT’s Proposed Budget Invests $74 Billion in Safe, Efficient, and Innovative Transportation Programs, 13 Februari 2013,
http://www.dot.gov/affairs/2012/dot2312
[32] US Census Bureau,15. Passenger Transit Industry—Summary: 1990 to 2009, http://www.census.gov/compendia/statab/2012/tables/12s1115.pdf
[33]Governing The States and Localities, http://chart.googleapis.com/chart?cht=p&chs=280x140&chco=B20000|353535|898989|CC9B9B|BCBCBC&chdl=Drive|Public+Transportation|Walk|Bicycle|Other/Work+from+home&chma=1,1,1,1&chd=t:56.7,31.1,6.3,0.5,5.4&chxs=0,ff0000,12,0,lt|1,0000ff,10,1,lt
[34] Governing The States and Localities, http://chart.googleapis.com/chart?cht=p&chs=280x140&chco=B20000|353535|898989|CC9B9B|BCBCBC&chdl=Drive|Public+Transportation|Walk|Bicycle|Other/Work+from+home&chma=1,1,1,1&chd=t:71.4,14.6,4.3,1.9,7.9&chxs=0,ff0000,12,0,lt|1,0000ff,10,1,lt
[35] US High Speed Rail Association, Us High Speed Rail Network Map,
http://www.ushsr.com/ushsrmap.html
[36] Infrastructure Kanada, Infrastructure Spotlight: Improving Public Transit for the 21st Century, http://www.infrastructure.gc.ca/plan/infra/trans/transit-transportencommun-eng.html
[37] Department of Transport, Transport Statistics Great Britain: 2011, https://www.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/9006/public-transport-summary.pdf
[38] Business Line, How The Netherlands Encourages Use Of Bicycles,
http://www.thehindubusinessline.com/industry-and-economy/logistics/how-the-netherlands-encourages-use-of-bicycles/article2804088.ece
[39] AngloInfo, Buses, Trams, Metro and Train Services in Amsterdam, http://amsterdam.angloinfo.com/information/transport/public-transport/regional-public-transport/
[40] I Am Expat, Driving,
http://www.iamexpat.nl/expat-page/survival-kit/transportation/driving
[41] Access Guide, Public Transport, Disember 2010,
http://www.access-nl.org/media/13970/public_transport_guide_completed.pdf
[42]KTH Architecture and Built Environment, Ease-of-Use in Public Transportation – A User Perspective on Information and Orientation Aspects, 2008,
http://www.eltis.org/docs/Dziekan_kappa_final.pdf
[43] NYKoping, Mobility Service And National Mobility Service, 26 Jun 2012, http://www.nykoping.se/Global/Trafik_o_resor/Fardtjanst/1206_Faktablad_Fardtjanst_och_riksfardtjanst_engelska.pdf
[44] Tokyo Metropolitan University, Local Transport Systems for the Elderly and Disabled, Mei 2004, http://www.sortclearinghouse.info/cgi/viewcontent.cgi?article=1166&context=research
[45] World Traveling Guide, Getting Around In Sweden,
http://www.worldtravelguide.net/sweden/getting-around
[46] Hotel Travel, Sweden Travel Guides,
http://www.hoteltravel.com/sweden/guides/transport.htm
[47] Swedish Public Transport Association, Brief Facts About Swedish Public Transport, http://www.svenskkollektivtrafik.se/Global/In%20english/slutkorr_6-siding_eng3.pdf
[48] CitiBikes, User Information,
http://www.citybikes.se/en/User-information-2/
[49] The Swedish Doubling Project, http://svenskkollektivtrafik.se/Global/fordubbling.se/engelska/slutkorr_eng_broschyr12.pdf
[50] Anglo Info, Public Transport: Trains, Bus, Metro,
http://paris.angloinfo.com/af/341/paris-and-ile-de-france-public-transport-trains-bus-metro.html
[51] Daily Mail, Undercover Probe Reveals The 'Buckets Of Money' Made From Speed Cameras, 15 Oktober 2006,
http://www.dailymail.co.uk/news/article-410449/Undercover-probe-reveals-buckets-money-speed-cameras.html#ixzz2EKtTjwSZ
[52] The Newspaper, Redflex Reports Drop in US Traffic Camera Revenue, 24 Ogos 2011, http://www.thenewspaper.com/news/35/3567.asp
[53] The Newspaper, Redflex Share Value Tumbles as Chicago, Illinois Contract Threatened, 18 Oktober 2012, http://thenewspaper.com/news/39/3926.asp


HD

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama14/2/13 6:47 PG

    Simply wish to say your article is as astounding. The clearness for your post is simply spectacular and that
    i could assume you are knowledgeable in this subject.
    Well together with your permission let me to clutch your feed to keep updated with coming near
    near post. Thank you 1,000,000 and please continue the rewarding work.


    my site :: free addicting games online

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama20/2/13 9:32 PG

    Hi i am kavin, its my first time to commenting anyplace, when i read this post i thought i could
    also make comment due to this brilliant paragraph.

    my website; get followers

    BalasPadam
  3. You have brought up a very fantastic points ,
    thankyou for the post.

    Here is my site - ps3 free

    BalasPadam
  4. I really like your writing style, great info, regards for
    putting up :D. "The superfluous is very necessary." by Francois Marie Arouet Voltaire.



    Review my weblog link clicker

    BalasPadam
  5. What's up, its fastidious article on the topic of media print, we all be familiar with media is a enormous source of data.

    my homepage ... cartoon sex games

    BalasPadam
  6. Excellente'! Thanks for the share

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama2/6/13 5:18 PG

    Wow, amazing blog layout! How long have you been blogging for?
    you made blogging look easy. The overall look of your site is wonderful,
    let alone the content!

    My web-site cheats für castleville

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive