Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 31, 2012

Rebet RM200 memang sebenarnya cuma "jualan penghabisan stok"


Blog Cenangau Daunkari

Dah la "selagi stok masih ada", "sapa cepat dia dapat" pulak tu. Memang tak salah sangat, skim ni lebih kepada untuk membantu peniaga handphone "terpilih" dengan kerajaan bagi dana untuk "jualan penghabisan stok"

Sinarharian melaporkan:

SHAH ALAM -
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan pemberian rebet telefon mudah alih pintar 3G hanya kepada model RM500 ke bawah kerana dipercayai syarat itu cuba menguntungkan pihak tertentu dengan melariskan stok lama.



Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja. - Sinar.

Senarai telefon pintar yang masuk dalam Skim Komunikasi Remaja tu macam kat bawah ni:

  1. Alcatel One Touch Inspire 2
  2. The Buzz Phone
  3. HTC Wildfire
  4. Huawei Ideos X3
  5. LG Optimus L3
  6. Ninetology Black Pearl II
  7. Ninetology Palette
  8. Nokia 2730
  9. Nokia 7230
  10. Nokia Asha 305
  11. Nokia Asha 308
  12. Nokia C2-03
  13. Nokia Lumia 610
  14. Samsung Galaxy Chat
  15. Samsung Galaxy Mini
  16. Samsung Galaxy Pocket
  17. Samsung Galaxy Y
  18. Sony Xperia Tipo
  19. ZTE Acqua
  20. ZTE V790
Aku tak berapa mahir pasai gadget ni, tapi setakat pengetahuan aku, aku terpaksa bersetuju dengan pendapat Rafizi. Memang tepat sekali komen Rafizi tu.

Tambah-tambah pulak bila baca laporan Bharian macam yang kat bawah ni:

“Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam. - Bharian.
Dah la "selagi stok masih ada", "sapa cepat dia dapat" pulak tu.

Memang tak salah sangat, skim ni lebih kepada untuk membantu peniaga handphone "terpilih" dengan kerajaan bagi dana untuk "jualan penghabisan stok"

Dengan jumlah belia Malaysia yang berumur 20-30 tahun yang ada lebih 5juta orng dah sekarang ni, memang tentu habih punya la stok yang ada tu.

Tapi, apa pun, bagi yang layak, jangan pulak lepaskan peluang ni. Boleh mula mendaftar melalui http://www.skmm.gov.my mulai 1/1/2013. Dan jangan merungut kalau terpaksa berkampung dalam cybercafe nak masuk web tu tak tak boleh. Banyak-banyak la bersabar pasai tentu punya laman tu akan jammed dengan 1.5 juta umat nak log-in.

Kalau tanya aku, aku mensyorkan model yang no 18 dan 19. Tak payah la nak teruja dengan model Galaxy yang cuma boleh masuk android v2.3 Gingerbread tu. Kalau tak dapat guna Android Jelly Bean macam Note2 dapat Ice Cream Sandwich pun kira ok la.

Sumber: Cenangau Daunkari






3 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive