Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 22, 2012

Tok Guru Nik Aziz Bakal Saman RM 100 Juta Bloger Fitnah Pisaunet


Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan...
Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit
penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan
yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi
Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh
sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012.
Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan
isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir
UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut
ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar
Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan
22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari
'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak,
suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang
telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang
pada 13 September 2000.

Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan
pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa
pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan
di Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama
memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu
untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga
Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan
ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong
Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala
perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan
diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar
sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun
untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah
dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut,
pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada
pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar
adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada
3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya
umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai
pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya
dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja.

Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah
tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat
samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK
atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan
dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang
akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan
Guru Menteri Besar Kelantan.

UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan
pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu
kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75
peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul
Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.

Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka
di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk
dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada
parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu...

Daripada AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.


3 ulasan:

  1. Pakcu Rantau Panjang22/12/12 11:19 PG

    Cerita blogger nak kena saman ni Pakcu ingat macam cerita goreng pisang panas . Bila blogger mendedahkan sesuatu perkara yang agak kurang menyenangkan puak Pembangkang maka ada saja yang nak di saman.

    Contoh ..Papa Gomo..dengan vidoe Anuar. Kickdefeela..kambing janapari dan depu..Husam.
    Dan kini Tok Guru dengan tanah...Pisau net..

    Tapi setakat ni pisang goreng tu dah sejuk....Pakcu nak tau hak sebenar jaaah......

    BalasPadam
  2. Pak chu
    Pise pak chu la yang dah sejuk
    So gi la ke golok
    Panas kan balik
    Dekat doh tu rata panje ke golok

    BalasPadam
  3. Pakcu ni bodo ko.kickdafella menatang babi laknat tu didapati bersalah di mahkamah kerana mefitnah husam musa.acu bukak paper la bodoh.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive