Oleh Ahmad Zawawi
Saya melihat “ Doa ” hancurkan UMNO/BN oleh ahli PAS baru-baru ini seperti sudah berhasil. Ini adalah dari apa yang terpacul daripada mulut pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sendiri semasa mereka berucap (mengulung) dipenghujung persidangan tahunan baru-baru ini.
Naib-Naib Presiden, Timbalan dan juga Presiden memulakan ucapan (mukadimah) dengan melafazkan salam Satu Malaysia tolak fitnah. Ianya dipancarkan keseluruh negara oleh stesen-stesen TV.
Bercakap tentang perkara fitnah ini bukankah mereka yang menjaja fitnah dengan mengatakan Malaysia akan bankrap jika rakyat tukar kerajaan. Negara akan mengalami sekali lagi 13 Mei jika rakyat memileh Pakatan Rakyat memerintah pada PRU 13 nanti dan berbagai lagi andaian jika rakyat menolak BN.
Saya juga melihat Pakatan Rakyat terutama PAS bukan sekadar berdoa malah sentiasa berdepan dengan masaalah rakyat dan segera membantu menyelesaikan segala bantuan perlu kepada yang berhak mendapat pembelaan.
Apa yang berlaku dalam perhimpunan UMNO itu sebenarnya telah memberikan ” Aded Points ” kepada Pakatan Rakyat semasa mengundi nanti kerana UMNO telahpun menggunakan senjata terakhir mereka.
Perbuatan menambah perkataan tolak kepada Ikon Satu Malaysia itu dilihat telah memakan diri malah tidak boleh juga ditutup dengan pemberian BR1M 3.0. UMNO sepatutnya tidak mengambil jalan mudah memancing undi.
Mereka yang akan menjadi pengundi “Petama Kali” terlalu loaded dengan maklumat jadinya perkara-perkara yang di sangka boleh menakutkan mereka (seperti kembalinya 13 Mei dan siapa nak jaga melayu bila UMNO kalah) sebenarnya boleh dijadikan bahan hiburan semata.
DD