Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 06, 2009

Anwar: Bersama Membawa Agenda Perubahan



Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena muktamar PAS ke 55 di Shah Alam melahirkan rasa bangga terhadap perjuangan PAS dalam politik negara.

Menurut beliau Pas merupakan salah satu organisasi politik yang tertua di negara ini. Perjuangannya tercetus kerana mahu Islam dihayati oleh pimpinan negara, memastikan keadilan untuk semua dan menolak belenggu penjajah yang masih jelas kelihatan terhadap Perikatan ketika itu.

"Sosok seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Prof. Zulkifli Mohammad dan Ustaz Abu Bakar al Baqir dari Gunung Semanggol menyuntik semangat kepada saya untuk terlibat bersama-sama memaknai perjuangan memerdekakan bangsa melalui wadah Abim," ujar beliau.

Tulisan Dr Burhanudin serta masyarakat dan Syariat Prof Zulkifli telah menyedarkan kami aktivis Islam ketika itu untuk bersikap merangkul dan tidak meminggirkan, walau apapun agama dan bangsa seseorang itu.

Jelas beliau lagi apa yang dinikmati PAS kini melalui perjuangannya dan tidak ada pihak pun yang berhak menafikan sumbangan PAS dalam menjalankan sistem demokrasi di Malaysia.

"Momokan ciptaan Umno-BN bahawa PAS tidak mungkin meraih sokongan masyarakat bukan Islam hanya tinggal sebagai mitos. Pilihan raya Mac 2008 membuktikan kerjasama Pas dengan Keadilan dan Dap merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perubahan," kata beliau lagi.

Beliau berharap selepas muktamar ini, PAS akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih utuh dengan Pakatan Rakyat.


TVA

Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive