Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 04, 2009

BAGI MAKLUMAT RASUAH DAPAT RM10,000



Kerajaan Pulau Pinang tawar RM10,000 untuk maklumat rasuah

Muhammad Nor Abdul Samad

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memulakan kempen anti rasuah pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan wang tunai RM10,000 kepada kakitangan awam yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.

"Saya mahu menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan," kata ketua menteri itu kepada Malaysian Insider dalam satu wawancara melalui telefon.

Dengan menggelarkan skim pemberi maklumat itu sebagai "i-Awards" (Anugerah Integriti), Lim memberitahu beliau telah menerima beberapa laporan tanpa nama daripada kakitangan kerajaan sebelum membuat tawaran tersebut 2 Jun lalu.

Lim bagaimanapun enggan menyatakan berapakah jumlah laporan yang telah diterimanya. Tetapi beliau menambah bahawa beliau akan memberikan ganjaran tersebut "tidak lama lagi".

Selain insentif wang tunai, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, mereka yang membantu pentadbirannya dengan memberikan maklumat akan diberi prioriti untuk kenaikan pangkat.

Dalam perkembangan yang lain, menurut laporan Bernama, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyeru Kerajaan Pusat mengadakan tender terbuka bagi penjualan bekalan perubatan di negara ini.

Menurut Lim, negara ini kerugian kira-kira RM10 bilion setahun hasil penglibatan orang tengah dalam industri tersebut.

"Kita mahu membeli produk yang paling berkualiti dengan harga yang paling baik. Saya akan menulis kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kesihatan, menggesa supaya diadakan tender terbuka dalam hal penjualan bekalan perubatan," katanya kepada pemberita di Bayan Lepas baru-baru ini.

Katanya lagi, pihak hospital membayar sehingga lebih 30 peratus untuk bekalan perubatan kerana syarikat perubatan multinasional terpaksa melalui syarikat yang diluluskan untuk menjual produk mereka.

"Adalah lebih murah sekiranya pihak hospital dibenarkan membeli bekalan terus daripada syarikat pembekal," katanya._


harakahdaily


Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive