Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 05, 2009

Lima ditahan kerana mengklon ID Trunked radio

KUALA LUMPUR: Empat lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki mengklon kod laluan (ID) alat trunked radio di sebuah premis perniagaan berhampiran F&N Business Park, Jalan Sungai Besi, di sini.

Kesemua yang ditahan berumur 20 hingga 30 tahun dan seorang daripada empat lelaki itu merupakan rakyat Nepal, manakala wanita yang ditahan adalah rakyat Indonesia.

Penolong Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Enkatesulu Juval berkata SKMM turut merampas sebuah komputer riba, dua unit pemprosesan data (CPU), beberapa kabel untuk pengklonan dan beberapa 'walkietalkie' atau trunked radio yang dipercayai disalahgunakan.

"Mereka yang ditahan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk diambil keterangan bersama barangbarang rampasan," katanya kepada pemberita di premis terbabit.

Beliau berkata siasatan awal mendapati premis itu dipercayai membekal dan menyediakan perkhidmatan alat trunked radio tanpa lesen dan mengenakan bayaran perkhidmatan bulanan bulanan yang murah.

"Mereka juga membekalkan peralatan telekomunikasi 'substandard' tanpa cop Sirim dan menggunakan stesen pemancar untuk menyediakan perkhidmatan trunked radio tanpa lesen," katanya.

Serbuan yang dilakukan oleh polis itu turut dibantu dua pegawai SKMM dan empat pegawai dari Sirim. BERNAMA



Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive