Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 20, 2009

NAK BINCANG BUKAN NAK MASUK BARISAN



PAS Sedia Berbincang Tentang Perpaduan, Bukan Berbincang Nak Masuk Barisan


KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata tidak timbul isu PAS masuk UMNO dan tidak pernah ada pada mana-mana pemimpin PAS untuk masuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).


”Yang ada sekarang ini adalah kita (PAS) tidak menutup ruang untuk mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun,”katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen semalam.

Katanya pendirian PAS bersedia untuk berbincang dengan sesiapa pun merupakan keputusan muktamar kerana dengan perbincangan itu PAS boleh berperanan untuk membantu membangunkan negara.

“Macam yang saya sebut, Ini pendirian yang kita ambil, sedia berbincang dengan sesiapa pun dan itu pun keputusan muktamar, sudah tentulah kalau kita tutup ruang untuk adakan perbincangan ini, sedangkan kita rasa kita ada peranan yang boleh mainkan untuk bantu bangunkan negara ini,” jelasnya.

Beliau menerima baik respon Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang mengatakan Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS.

Namun katanya, beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berada di luar Negara dan meminta pihak media menunggu respon dari Presiden PAS.

”Hari ini, sudah ada respon dari Perdana Menteri, saya terima dengan terbuka hati, tapi Presiden PAS berada diluar negeri, kita tunggu respon daripada beliau,”katanya.

Kata Ustaz Nasharudin, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak parti tentang perkara tersebut kerana ia merupakan perkara yang besar.

Selain itu, katanya, PAS tidak boleh mebuat keputusan secara individu kerana PAS sebuah parti yang meletakkan kepada Muktamar untuk menentukan sesuatu keputusan besar dalam parti.

Ditanya tentang perbezaan pendapat dalam PAS berkaitan isu ‘engagement’ dengan UMNO, Ustaz Nasha berkata ianya perlu dijelaskan kepada semua ahli dan proses penerangan sedang dilaksanakan.

Katanya, dalam menghadapi krisis yang melanda Negara masakini, semua pihak terkesan dan setiap orang perlu memberikan pandangan.

Oleh itu, katanya, bukan hanya PAS yang bercakap dan berbincang dengan kerajaan tentang soal perpaduan atau sebagainya, bahkan pihak lain juga melakukan perkara yang sama.



Mengenai pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawa sesiapa yang menyokong kerajaan perpaduan adalah boneka Umno, Ustaz Nasha tidak memberikan sebarang komen.

Namun dengan tegas beliau menolak menolak sebarang dakwaan yang beranggapan bahawa idea kerajaan perpaduan adalah usaha untuk membawa PAS masuk UMNO/BN.

“Saya tidak dapat nak ulas apa yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz, saya sebutkan tadi, kepada umum kalaulah ’unity talk’ ini atau ’unity government ini konon-konon usaha untuk bawa PAS masuk BN atau Umno,

”Saya boleh berikan jawapan sekarang, iaitu tidak ada sebarang niat dalam diri kita (untuk masuk UMNO).” - Klik Untuk Dengan Sidang media Ustaz Nasha di Lobi Parlimen Semalam

buletinonline

Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno

1 ulasan:

  1. hj jamaludin20/6/09 4:00 PG

    Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata tidak timbul isu PAS masuk UMNO dan tidak pernah ada pada mana-mana pemimpin PAS untuk masuk UMNO dan Barisan Nasional (BN
    Cakap Macm orang bodoh je, buat malu PAS je?
    Bagi pendapat saya untuk mengulas kenyataan Ustaz Nas. ini , Macamlah KITA BILA DUDUK DENGAN ORANG MAIN JUDI , APABILA POLIS DATANG ,PIHAK POLIS CEKUP SEMUA YANG BERADA DITEMPAT ORANG MAIN JUDI ,PIHAK POLIS TAK KERA SAMA ADA KENA MAIN JUDI ATAU TENGOK ORANG MAIN JUDI PUN PIHAK POLIS AKAN KATA KITA INI SUBAHAT SAMA. Kalu kiasan ini pun ustaz Nas tak faham saya pun tak tahu apa nak cakap lagi.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive