Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 19, 2009

Nizar: Hishamuddin “Bohong Besar” Mengenai DUN Perak



Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membela tindakan polis menceroboh Dewan Undangan Negeri Perak dan mengkasari speaker serta Adun Pakatan Rakyat 7 Mei lalu adalah “pembohongan besar” kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat itu berkata hakikat ialah polis bertindak zalim terhadap Speaker V.Sivakumar dan adun-adun Pakatan atas arahan Barisan Nasional.

“Pencerobohan polis ke dalam DUN Perak secara sesuka hati dan membawa senjata api yang dilarang ke dalam dewan bagi menarik keluar speaker secara paksa adalah tindakan provokasi yang mencetuskan lebih banyak kekecohan”, kata beliau kepada TVAntara.

Menurut Nizar, Hishammudin dilihat cuba memutar-belitkan hal sebenar. Rakaman video, menurut Nizar membuktikan kejadian sebenar berlaku.

Sehubungan itu beliau turut menempelak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasan kerana enggan bertangunggjawab di atas perlakuan liar anggota polis pada sidang DUN itu.

“Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan perlu meletakkan jawatan kerana anggota di bawah bidang kuasa beliau melanggar undang-undang dengan mengasari mereka yang tidak bersalah”. Ujar Datuk Sri Nizar.

Nizar percaya tindakan polis adalah dirancang dengan teliti kerana beratus-ratus orang anggota polis telah ditugaskan berkawal diluar dewan ketika sesi DUN berlangsung.

Pendapat beliau turut disokong Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata begitu ramai anggota polis merempuh masuk ke dewan walaupun tiada sebarang percakaran fizikal antara ahli dewan negeri ketika itu.

“Sebelum mereka masuk hanya berlaku bantahan oral dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi polis telah bertindak atas arahan speaker Barisan Nasional yang tidak sah untuk menggunakan kekerasan ke atas Sivakumar”. Tambahnya lagi.

Ngeh kecewa dengan Hishamudin kerana “individu yang sepatutnya mendukung prinsip- prinsip keadilan sebagai Menteri Dalam Negeri memilih untuk melakukan pembohongan di Parlimen.”

SK

Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive