Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 13, 2009

PRK Manek Urai; Pemuda PAS bertembung dengan Puteri Umno



Written by SM Noor

KUALA TERENGGANU – Dengan keputusan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk turut bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Manek Urai, gerak kerja kempen akan jadi lebih meriah dan persaingan juga dilihat turut sengit.

Dalam usaha memastikan undi orang muda kekal, Pemuda PAS dijangka bertembung dengan Puteri Umno yang akan cuba melakukan pelbagai tektik untuk cuba mencapai kemenangan.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pemuda Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata fokus kerja menghadapi PRK Manek Urai adalah menarik pengundi muda dengan mempelbagaikan program.

Beliau berkata pendekatan pada kali ini tidak akan menumpukan kepada ceramah semata-mata tetapi kita akan sentuh pemuda ini disemua peringkat, sebaliknya akan menghampiri di mana sahaja pengundi muda berada.

“Jika perlu kita turun ke bawah, kita akan ke bawah, jika perlu ke padang kita akan ke padang,

“kita akan cuba fokuskan program-program yang menarik orang-orang muda termasuk melalui sukan, hiburan alternatif dan seumpamanya,”jelasnya.

Dalam perkembangan sama, semalam, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tumpuan mereka juga adalah kepada sasaran yang sama iaitu kepada pengundi muda termasuk pengundi muda lelaki.

"Tumpuan kami adalah kepada 5,700 orang termasuk pengundi muda lelaki," katanya yang dilaporkan agensi Bernama.

Dengan itu, pertembungan pasti tidak dapat dielakkan diantara Pemuda PAS dengan Puteri Umno kerana kedua-dua sayap parti yang bertentang itu mensasarkan kelompok pengundi yang sama.

Justeru, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu Wan Faizul Abas, mengingatkan supaya jentera pemuda dilengkapi dengan kamera dan alat perakam video bagi merakam aksi-aksi Puteri Umno sebagai satu pengawasan dan pemantauan.

“Kita tidak lupa peristiwa tuduhan fitnah ‘selak kain’ yang telah dibuat oleh Puteri Umno dalam pilihanraya kecil DUN Anak Bukit beberapa tahun yang silam,

“petugas pemuda (PAS) perlu berhati-hati kerana Umno akan menggunakan apa jua cara untuk menang,”tambahnya.


buletinonline

Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive