Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 12, 2009

Putera Sultan Kelantan Buat Laporan Polis Terhadap Manohara



Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra membuat laporan polis dan kini menimbang tindakan undang-undang terhadap isterinnya Manohara Odelia yang mendakwa dirinya didera oleh putera Sultan Kelantan itu.

Beliau semalam membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 malam ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay.

Pada sidang akhbar selepas laporan dibuat, Mohd Haaziq berkata: "Satu laporan polis telah dibuat petang ini oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan...kami akan menimbang tindakan undang-undang berhubung dakwaan palsu terhadap Tengku.”

"Kita tidak mahu mengulas apaapa, biarlah pihak berkuasa siasat," tambah beliau.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman dipetik sebagai berkata siasatan akan dijalankan oleh Balai Polis Kubang Kerian, Kelantan kerana kes itu didakwa berlaku di Istana Kelantan yang terletak dalam daerah itu.

Manohara, bekas model muda Indonesia, pulang ke Indonesia pada 31 Mei lepas dari Singapura ketika beliau berada di republik itu menemani suaminya melawat Sultan Kelantan di hospital Mount Elizabeth.

Beliau mendakwa menjadi mangsa penderaan putera Kelantan itu dan telah membuat laporan polis di Jakarta.


TVA


Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive