Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 04, 2009

Rakyat Pilih Siapa Di Behrang, Changkat Jering & Jelapang?



Pilihanraya adalah salah satu cara untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih sebuah parti politik bagi menerajui sesebuah negeri atau negara. Semua rakyat diberi peluang dengan cara mengundi parti manakah yang mereka rasakan sesuai dan mampu untuk membela nasib mereka dan dapat memberikan keadilan yang berpanjangan. Rakyat tidak peduli siapa calun yang mewakili parti tersebut, yang paling utama bagi mereka ialah parti itu sendiri.


Di Perak contohnya seperti Di Dun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, rakyat diketiga-tiga kawasan Dun tersebut telah meluahkan isi hati mereka dan dengan jelas dan terang telah memilih Parti yang mewakili Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka. Mereka menolak parti lain samada yang menggunakan lambang dacing atau yang lainya. Ini secara tidak langsung, pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut dengan majoriti telah memberi amanah kepada calun yang mewakili Pakatan Rakyat.
Oleh itu, sekiranya wakil-wakil rakyat tadi melompat ke parti lain setelah menang, maka dengan sendirinya mereka bukan lagi wakil rakyat bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Mereka tidak boleh lagi mendakwa sebagai wakil rakyat di kawasan itu dan mereka tidak boleh masuk ke Dewan Undangan negeri atas kapasiti sebagai wakil rakyat ketiga-tiga kawasan itu kerana pengundi di ketiga-tiga kawasan itu hanya memberi amanah dan tanggungjawab kepada parti dari Pakatan Rakyat sahaja sebagai wakil rakyat mereka.


Ini sama juga seperti yang berlaku di Parlimen Pasir Mas, Kelantan dimana calun yang bertanding menggunakan lambang parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, jika selepas menang mereka keluar meninggalkan parti yang mereka bertanding, bermakna mereka telah mengkhianati amanah pengundi dan parti yang telah memberi mereka peluang bertanding sebagai calun. Sepatutnya kelayakan mereka sebagai wakil rakyat gugur dengan sendirinya.

Ini jelas menunjukan bahawa UMNO atau BN tidak mempunyai majority di Dun Perak, kerana pengundi di ketiga-tiga kawasan berkenaan tidak pernah memilih atau mengundi calun bebas atau BN dalam pilihanraya umum tahun lalu. Tetapi oleh kerana UMNO berkuasa dan boleh apa saja di Perak, maka kini lahirlah kerajaan palsu, Exco palsu, Menteri Besar palsu yang dilantik melalui Mahkamah Rimba.


Akibat mereka melantik Menteri Besar secara tergesa-gesa sedangkan Menteri Besar Pakatan Rakyat masih ada, mereka lantik Speaker baru sesama mereka sedangkan Speaker yang sah masih ada, akhirnya perbuatan mereka menjadi ikutan rakan mereka dari Parti Progresif Penduduk apabila mereka ini melantik Presiden baru secara sesama mereka sedangkan Presiden yang ada masih hidup lagi.


Itu lah UMNO, sebaik-baik manusia, sealim-alim umat, jika masuk UMNO, pastikan akan jadi zalim, jahat, penipu dan sesat.


Di Sunagi Lingu, Bandar Tenggara Johor, seluas 51,170 hektar tanah negeri di pajakan kepada Singapura untuk tempoh 60 tahun sejak tahun 1980 iaitu semasa Muhyidin Yasin menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan tiada siapa rakyat Malaysia yang boleh memasuki kawasan tersebut sekarang ini. Angkara siapa semua ini? Adakah angkara PAS, Parti Keadilan atau DAP?
Kini mereka gunakan isu komunis pula dengan tujuan untuk menjauhan orang Melayu dari DAP. Ingatlah, zaman dulu rakyat hidup tertekan akibat kezaliman dan kekejaman komunis, kini rakyat juga tertekan dan hidup dalam ketakutan angkara keganasan polis. Semuanya berlaku ketika UMNO menjadi kerajaan.


-dipetik dari SabahDaily.com-

sumber: speakforperak

Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive