Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 17, 2009

RTM GERUN DENGAN WAJAH MP PAKATAN?



Apa Ker He Nie...Langsung Dari Parlimen Dah Kena Cincang!!

Satu-satunya rancangan dari RTM yang saya minat menontonnya sejak diperkenalkan selepas PRU-12 dahulu ialah 'Langsung Dari Parlimen'. Maklum saja saya tinggal di Kedah dan tiada peluang ke Parlimen untuk melihat sendiri wakil-wakil rakyat kita membahas dan menghuraikan masalah rakyat. Jadi satu-satunya wadah yang mendekatkan diri dengan suasana di Parlimen ialah segmen 'Langsung Dari Parlimen' yang disiarkan oleh TV1 setiap hari dari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 pagi selama sejam itu. Lazimnya saya hanya menonton untuk 30 minit yang pertama sahaja kerana masa itu dimuatkan secara langsung soalan Ahli Parlimen dan jawapan dari Menteri yang berkenaan. 30 minit yang kedua saya tidak minat menontonnya, kerana ia cuma dipenuhi celoteh tetamu undangan yang biasanya ialah 2 orang wakil rakyat dari BN yang asyik-asyik orang yang sama dan cakap benda yang sama sahaja.

Namun sejak hari Isnin lepas, saya melihat format 'Langsung Dari Parlimen' telah diubahsuai. Jika sebelumnya 30 minit yang pertama memberi penonton peluang melihat wakil rakyat mereka mengutarakan masalah negara dan rakyat di kaca TV secara langsung, kini RTM mengubahsuai formatnya. Apabila sahaja ada soalan dari wakil rakyat PR, sama ada soalan asal atau soalan tambahan, pengacara akan menagalihkan siaran ke studio untuk mendengar celoteh dari tetamu undangan yang tiada kerja lain kecuali membodek dasar kerajaan BN dan merendah-rendahkan peranan pembangkang. Sebaik sahaja menerima isyarat soalan dari Ahli Parlimen PR selesai dibangkitkan di Dewan Rakyat, penonton dibawa kembali ke Parlimen untuk menonton penjelasan Menteri. Jika ketika itu ada Ahli Parlimen PR mencelah untuk meminta penjelasan, sekali lagi siaran langsung diputuskan dan penonton dibawa kembali ke studio.

Saya tidak tahu arahan siapa format 'Langsung Dari Parlimen' ini ditukar. Sama ada ia arahan Ketua Pengarah Penyiaran, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan atau Menteri Penerangan sendiri, apa yang jelas 'Langsung Dari Parlimen' sudah hilang maknanya. Apa guna 'Langsung Dari Parlimen' jika yang langsung dari Parlimen cuma sekitar 10-15 minit, manakala selebihnya cuma celoteh tetamu undangan yang kebanyakannya mengulangi cerita sama yang itu-itu juga? Mengapa RTM begitu gerun dengan wajah dan suara wakil rakyat PR hingga setiap kali akan muncul di kaca TV, siaran langsung dialihkan semula ke studio? Mengapa ketika wakil rakyat BN bersuara di Parlimen, siaran langsung tidak diputuskan pula?

Nampaknya siaran langsung itu terlalu banyak dirincik-rincik, dicincang-cincang hingga 'kelangsungannya' sudah hampir tiada lagi. Jika RTM tidak berhasrat untuk mengadakan siaran langsung kerana gentar kepada wajah dan suara wakil rakyat PR akan didengari rakyat, lebih baik batalkan saja 'Langsung Dari Parlimen' itu. Jika segmen keagamaan tidak sesuai pada waktu itu, gantikan saja dengan cerita kartun atau drama merapu yang tentu lebih menarik dari segmen 'Langsung Dari Parlimen' yang telah dirincik-rincik dan dicincang-cincang itu!

- pendikar gunung kriang

Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive