Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 27, 2009

Jangan risau, kerajaan Kedah tak tumbang | pkfz



Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Mudah sangat untuk menjelaskan mengapa Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh dan beberapa pengikutnya di Padang Serai keluar dari parti KeADILan, dua hari sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Cerita ahli parti pembangkang (pembangkang kepada BN di Pusat) keluar parti sewaktu pilihan raya bukan cerita baru. Ia sudah jadi agenda wajib setiap kali pilihan raya.


Golongan yang berakal waras tidak mudah untuk menerima hakikat bahawa orang politik, yang pada persepsi umum mempunyai daya juang yang tinggi, begitu senang menukar akidah perjuangan; jika tidak kerana suatu 'imbuhan' yang lebih besar sehingga menutup mata dan hati mereka.

Ia disokong pula dengan kenyataan seorang bekas pemimpin bahagiannya yang tidak semena-mena mendedahkan bahawa, Dato' Seri Anwar yang mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan supaya mencetuskan kekecohan di hari penamaan calon.

Nampak sangat 'skrip dan plot' yang diatur oleh pihak tertentu di belakang pentas terhadap mereka yang merelakan diri melakukan apa saja demi untuk mencapai maksud tertentu. Perancang konspirasi dari BN mahu dapatkan keuntungan politik untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir, manakala bidak-bidak caturnya pula dapat habuan tertentu.

Apabila tiga Adun Pakatan Perak keluar parti dan umum jadi penyokong BN, mereka menegaskan bahawa, "Kami tidak dibeli." Saiful Bukhari yang buat sumpah kononnya dia diliwat dengan sukarela oleh Anwar juga berkata, dia tidak dibayar untuk buat pengakuan itu, walaupun mengaku bertemu Najib.

Bekas rakon kongsi calon BN Permatang Pasir, Rohaizat Othman, iaitu Yusri Isahak marah apabila dijadikan kambing hitam oleh pemimpin BN berhubung penyelewengan yang dilakukan oleh rakan kongsinya itu.

Dia mendedahkan habis-habisan penyelewengan Rohaizat. Tiba-tiba Yusri berubah angin mengatakan Rohaizat seorang yang baik dan kenyataan itu dibuat bukan kerana habuan atau ganjaran.

Perlukah dalam setiap drama politik seperti ini, rakyat perlu diberitahu bahawa, "Kami tidak dibeli" atau "tidak diberi ganjaran".

Pemimpin BN juga akan turut keluar kenyataan yang sama. Sambil berpura-pura 'terkejut beruk' mereka pun berkata, "Tindakan mereka adalah ikhlas, kami tidak campur tangan dalam keputusan mereka atau memberikan apa-apa ganjaran."

Sampai bila agaknya rakyat akan terus dihidangkan dengan agedan yang sama. Apakah mereka fikir bahawa rakyat satu Malaysia ini akan dungu sangat sangat untuk menelan setiap penipuan yang mereka aturkan, membeli sokongan palsu dengan ganjaran?

Isu ura-ura Radzhi akan keluar parti bukan perkara baru. Dalam ruangan ini, tahun lalu, saya telah membongkarkan pertemuan demi pertemuan telah dibuat antara beberapa tokoh BN Kedah dengan beliau (tanpa menyebut namanya) dalam usaha menubuhkan sebuah kerajaan katak.


Namun banyak kali menghadapi kegagalan kerana keengganan mendapatkan sejumlah lima kerusi Dun dari Pakatan. Ganjaran dilaporkan meningkat dari masa ke semasa. Mereka tidak boleh berbohong mengenai perkara ini kerana beberapa Adun yang tidak bersedia menjadi 'pelacur politik' itu sendiri yang mendedahkannya.

Apa yang berlaku di Kedah sama dengan modus operandi yang digunakan oleh BN di Perak. Dua Exco yang berjaya 'dibeli' itu adalah Adun bermasalah. Kaedah ini digunakan oleh mana-mana konspirator pun di dunia ini, iaitu mencari pemimpin bermasalah dan menjadikan 'masalah' itu sendiri sebagai produk peras ugut.

Masalah itu boleh dicipta oleh konspirator, seperti tindakan mereka mengumpan bekas aktivis KeADILan Perak dengan pelacur Cina.

Terdapat juga masalah individu pemimpin sama ada yang sudah berlaku mahupun sedang dihadapi. Semuanya boleh dijadikan alat pemeras ugut oleh konspirator politik, sehingga akhirnya pemimpin tersebut boleh dicucuk hidung.

Sementelahan lagi, mereka ditawarkan pula ganjaran yang dapat mengabui mata maka lagi mudahlah hasrat konspirator jahat itu tercapai.

Sebab itu adalah suatu langkah yang bijak apabila Anwar menasihatkan Adun Bukit Selambau V Arumugam meletakkan jawatan sebaik sahaja isu peribadi beliau disensasikan oleh media sehingga istana cuba dilibatkan.

Penguasa Umno dan juhalak-juhalaknya akan melakukan apa saja untuk berkuasa. Matlamat menghalalkan cara. Mereka tidak ada sifat belas kasihan sesama insan dalam mencaturkan konspirasi.

Walaupun tindakan Radzhi adalah suatu pengkhianatan terhadap mandat rakyat, tetapi sekurang-kurangnya sewaktu menulis ini saya ada rasa belas kasihan terhadap beliau lantas tidak membongkarkan satu persatu apakah sebenarnya isu-isu peribadi beliau yang menghilangkan 'kelayakannya' untuk berkhidmat sebagai Exco, atau Adun sekalipun.

Bagi kepimpinan kerajaan negeri Kedah, pengunduran Radzhi adalah melegakan. Ia tidak lagi menjadi duri dalam daging. Kerajaan tak tumbang kerana masih ada lagi majoriti tujuh kerusi. Kerusi PAS ada 16, empat KeADILan dan satu DAP. BN cuma ada 14.

BN Kedah yang agak lama menganggur (sebagai kerajaan) mungkin beriya-iya benar untuk melaksanakan visi menegakkan sebuah kerajaan katak seperti di Perak. Tapi BN Pusat nampaknya tak ghairah macam dulu.

Situasi di Perak banyak mengajar mereka. Majoriti masyarakat bukan Melayu tidak dapat menerima peralihan kuasa secara merasuah Adun. Sebab itu undi bukan Melayu meningkat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Negara juga terpaksa menghadapi kerenah yang banyak ekoran peralihan kuasa secara luar tabie. Najib terpaksa berfikir 16 kali sebelum mengulangi rampasan kuasa seperti di Perak di tempat lain.

Insya-Allah mandat kerajaan Pakatan di Kedah tidak tergugat sehingga sekurang-kurangnya pilihan raya umum ke 13 nanti.

detikdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. ADUN2 dari Pakatan Rakyat yang ada atau pernah mengambil suap (rasuah, itu pun kalau ada) dinasihatkan supaya cepat2 lompat atau keluar dari parti. Tidak perlu menyertai parti2 komponen dari BN, hanya cukup sekadar menjadi ADUN bebas dengan syarat mesti memihak dan menyokong BN. Percayalah siasatan kes2 rasuah anda akan ditamatkan dan diberhentikan. Kalau ada kes yang telah dibawa kemahkamah pun tidak perlu takut kerana kes rasuah itu akan dibuang dengan alasan tidak menpunyai bukti yang kukuh. TAWARAN HEBAT DARI KERAJAAN BN. CEPAT !!! TAWARAN INI AKAN BERAKHIR APABILA BN JAHANAM DAN LINGKUP !!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive