Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 27, 2009

KERAJAAN HILANG JUTAAN RINGGIT



Kerajaan Malaysia dicadang mencontohi beberapa negara luar yang membuat penilaian terperinci mengenai pencapaian ekonomi negara secara menyeluruh dalam tempoh 50 tahun pentadbiran.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, masalah dalam sistem ekonomi negara akan terus tertunggak dan tidak dapat diperbetul jika penilaian secara menyeluruh, tidak dilakukan.

Beliau berkata, kelemahan dalam sistem ekonomi menyebabkan kehilangan jutaan ringgit wang rakyat berikutan amalan ilusi ekonomi yang kerap dilakukan pemerintah bagi menutup kepincangan pengurusan.

"Setiap kali berlaku kesilapan pengurusan ekonomi, kerajaan akan membuat pengumuman mengenai pelancaran dana baru bagi mengelak rakyat mengesan kelemahan sedia ada. Inilah ilusi ekonomi.

"Tapi, kesan ilusi ekonomi besar. Ia boleh menyebabkan kejatuhan nilai yang situasinya jauh lebih buruk dari mengalami masalah inflasi," katanya, menambah ilusi ekonomi terbaru kerajaan Umno-BN ialah EKUINAS.

Azan berkata, kehilangan wang rakyat akan terus berlaku selagi faktor kesilapan ekonomi, tidak diperbetul segera, apatah lagi kerajaan Umno-BN dari dulu sentiasa cuba menutup kelemahan. - Suara Keadilan

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive