Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 24, 2009

Kedah nekad perangi rasuah, penyelewengan


ALOR SETAR - Kedah berikrar memerangi rasuah dan penyelewengan habis-habisan kerana tidak mahu mengkhianati kepercayaan yang diberi rakyat untuk mentadbir negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ini kerana Kerajaan Negeri tidak mahu merampas ‘rezeki’ yang sepatutnya disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

“Walaupun kita tak pernah terbabit dalam dua gejala besar itu, tetapi kita masih mampu untuk mentadbir negeri ini dengan baik. Malah sehingga kini, Kerajaan Negeri belum pernah meminta bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat, sedangkan banyak negeri-negeri di bawah Barisan Nasional berbuat demikian,” katanya ketika berucap pada majlis sumbangan di Sri Mentaloon, kelmarin.

Azizan berkata, kelancaran pentadbiran negeri banyak dibantu oleh beberapa dasar yang diperkenalkan, antaranya dasar berjimat cermat, perbelanjaan berhemah dan tiada penyelewengan.

“Pada 8 Mac tahun lalu ketika Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Negeri ini, semuanya dalam serba kekurangan kerana kita terpaksa mentadbir negeri ini tanpa peruntukan dan pengalaman. Namun berkat kesabaran dan keikhlasan, Kedah berjaya ditadbir dengan baik,” katanya.

Malah ketika berlaku peralihan kuasa itu, peruntukan Kerajaan Negeri hanya mampu mentadbir bagi tempoh tiga bulan sahaja.

“Langkah drastik dilakukan bagi menstabilkan semula ekonomi ketika itu, dengan memperkenalkan dasar-dasar bersesuaian. Antaranya, belanjawan untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri,” katanya.

“Sekarang hasil kutipan negeri belum mencecah RM500 juta setahun tetapi dalam tempoh empat tahun lagi, setelah projek penapisan minyak Hub Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) beroperasi, hasil yang didapati daripada projek itu menjangkau RM400 juta setahun,” katanya.

Kejayaan meningkatkan pelaburan di negeri ini dalam tempoh singkat membuktikan Kejujuran Kerajaan negeri yang mahu memulihkan tahap ekonomi selain membantu rakyat.

“Pendapatan pertama dari SULIHH sebanyak RM40 juta akan digunakan untuk kebajikan orang miskin, anak yatim dan ibu tunggal semua kaum di sini,” katanya.

Azizan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mencari pelaburan baru dengan meneroka pasaran luar negara yang berpotensi, antaranya Belanda Timur.

“Holland menunjukkan minat untuk mengeksport ikan talapia dari kita, dan kerjasama ini baru sahaja kita peroleh dan akan diperincikan secepat mungkin,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive