Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 26, 2009

Yang Perlu Dipelajari Dari Permatang Pasir | Nizar News



YANG jelas dan nyatanya pencapaian Pas pada pilihan raya kecil Permatang Pasir semalam lebih bagus daripada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tiga tahun lalu dan pilihan raya kecil Manik Urai di Kelantan sebulan lalu. Di Pengkalan Pasir, Pas terpaksa menangis tidak berlagu, manakala di Manik Urai Pas hampir-hampir terjun ke Sungai Peria. Pas menang hanya 65 undi sahaja, cukup-cukup menang saja.

Kemenangan di Permatang Pasir semalam menebus kekalahan di Pengkalan Pasir dan kemenangan tipis di Manik Urai itu. Kemenangan besar dengan majority 4,551 menenggelamkan UBN Pulau Pinang itu menyebabkan kesedihan dan keterkejutan Pas di Manik Urai hilang ghaib sekalip mata saja. Pas berjaya menebus kesakitan di Manik Urai.

Tahniah kepada calon Pas, Mohd Salleh Man dan seluruh jentera pilihan raya kecil Permatang Pasir kerana menggondong kemenangan itu.

Perkara menarik untuk diperhatikan kenapa pencapaian di Permatang Pasir itu naik mendadak jika di bandingkan dengan Manik Urai. Apakah sebab musababnya? Mungkin sesetengah ahli Pas merasa jelek untuk dibandingkan dua pilihan raya ini. Mungkin akan ada mengatakan ianya tidak relevan dan saya sengaja mahu cari gaduh.

Tetapi suka tidak suka perbandingan ini kena ditenguk dan diselidiki demi untuk kebaikan dan masa depan Pas. Apa lagi Kelantan adalah negeri kubu Pas, seharusnya perbezaan pencapaian pilihan raya kecil itu tidak begitu menonjol. Apakah kubu itu sudah bertukar dari Kelantan ke Pinang?

Pandangan di luar amat berbeza dengan pandangan didalam yang kadang bermotif untuk melindungi kebusukan sendiri. Tetapi kerana saya tidak ada kepentingan biarlah saya sebut secara terus terang mengikut firasat saya dan kalau tidak suka pun tak mengapa.

Bagi saya kecemerlangan Pas di Permatang Pasir adalah fakor Anwar Ibrahim. Anwar berasal dari kawasan itu. Dia mengundi di situ. Sokongan kepada Pas itu adalah kerana menumpang pengaruh Anwar. DUN Permatang Pasir termasuk dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Anwar. Ini bermakna pengaruh Anwar dan auranya masih kuat dan memberi kuasa tambahan kepada Pas di Pulau Pinang. Saya percaya kalau tidak kerana sokongan padu Anwar mungkin agak ‘rohok’ juga untuk Pas meraih kemenangan sebesar itu.

Faktor lain ialah cara jentera pilihan raya kecil itu di gerakkan. Ternyata sokongan Pas kepada pilihan raya itu sepadu dan mantap. Tidak ada perpecahan dalaman yang boleh dieksploitasikan UBN. Ini kerana kebijaksanaan jentera pilihan raya kecil itu. Dalam hal ini mungkin yang boleh diberikan ucap selamat ialah kepada Pengarahnya, Mahfuz Omar. Mahfuz nampaknya mengarah dengan baik di sepanjang pilihan raya berkenaan.
Sepanjang pilihan raya itu berjalan tidak ada kenyataan songsang dan berkadas yang dikeluarkan oleh Mahfuz. Pendekatan yang diambil juga menyenangkan dan tidak cuba mengenepikan kepakaran orang lain sebaliknya dijalinkan dengan sepenuhnya. Ia dibantu kejap oleh seorang lagi Naib Presiden Sallahuddin Ayub yang mana dikatakan dalam keadaan diserang demam pun tidak pernah menjauhi gelanggang.


Di Permatang Pasir tidak kedengaran kenyataan dan pendekatan sonsang melarang mana-mana pemimpin Pas dari menghadiri dan berkempen. Soal pemimpin itu menyokong Unity Goverment (UG) dan pemimpin ini anti UG tidak timbul. Tidak kedengaran larangan gambar si anu tidak boleh dinaikan dan gamgar si anu saja yang perlu ditonjolkan seperti mana berlaku di Manik Urai.


Di Manik Urai dulu jentera pilihan raya kecil itu telah membuat larangan terbuka kepada tokoh-tokoh tertentu daripada memasuki kawasan pilihan raya kononnya ia memberi liabaliti kepada calon Pas. Akibat ada asimilasi itu menyebabkan para penyokong dan ahli Pas dari luar rasa terkilan dan merasakan tenaga dan fikiran mereka tidak diperlukan. Naijahnya menyebabkan pilihan raya itu tidak dihadapi secara sepadu dan penuh hati.


Alasan kenapa berlaku demikian kerana pilihan raya itu mengambil pendekatan lokaliti. Pendektan lokaliti ini yang lebih mirip kepada pendekatan Orang Asli – pendekatan kolot dan tertutup, ini pertama kali diperkenalkan dalam pilihan raya di Kelantan. Hasil daripada pendekatan lokaliti ini walhasilnya maka Pas hanya menang sebanyak 65 undi daripada majoriti sebelumnya sebanyak 1,352 undi.


Kesimpulannyanya, jentera pilihan raya kecil itu dan khasnya JPN Kelantan kena belajar dari Mahfuz Omar, Mujahid Yusuf Rawa dan jentera pilihan raya kecil Permatang Pasir itu. Belajarlah bersikap terbuka dan sedia mengakui kebodohan diri dan sedia menerima tunjuk ajar dari luar juga. Saya yakin kalau semua pemimpin Pas bersatu dan tidak ada blok-blok Pas boleh menang besar di Manik Urai tempoh hari.


Dan sekiranya ada mana-mana pilihan raya kecil di Kelanan selepas ini sewajarnya kalau jentera itu tidak lagi dikendalikan oleh orang yang sama iaini Abdul Fatah Haroh sebagai pengarah, yang dinasihati rapat oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Kedua-duanya adalah barang kitar semula dalam Pas Kelantan yang cuba diguna pakai semula. Mereka adalah satu geng dalam trio Tiga Abdul yang pernah membuat onar pertengahan tahun 90-an dulu.

msomelayu


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Perlu banyak bertanya..org bawahan ni jgn dianggap apa pun x tau..setengah2nya ada kebolehan yang tinggi...salam bro

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive