Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 27, 2009

Salleh Man ketuai majlis Islam P. Pinang | pkfz



ADUN Permatang Pasir yang baru dipilih Mohd Salleh Man dijangka dilantik sebagai yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu.

Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir, Lim berkata Mohd Salleh masih mampu mengekalkan 65 peratus undi, peratus yang sama diperoleh oleh allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada pilihan raya umum tahun lepas berdasarkan pada jumlah pengundi yang mengundi.

"Secara amnya tidak banyak perubahan dalam undi majoriti berdasarkan jumlah pengundi ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus pada tahun lepas," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, PAS mengekalkan kerusi itu setelah Mohd Salleh, 52, menewaskan calon BN Rohaizat Othman, 38 dengan 4,551 undi.

Menyentuh sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Lim berkata sambutan diadakan secara sederhana dan tempoh masa bagi acara yang diadakan tidak lama disebabkan merebaknya virus Influenza A(H1N1).

"Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi secara sederhana kerana acara perarakan yang diadakan setiap tahun dibatalkan," kata beliau.

Katanya, sambutan itu hanyalah perhimpunan kecil kerana keutamaan ialah pada keselamatan orang ramai dan mencegah merebaknya virus tersebut. BERNAMA

malaysiakini


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. ukhuwah :

    kenapa di jangka??? bukankah sudah PASTI?? anta jangan tersilap taip..bukankah DS anwar dan ketua menteri pulau pinang dah janji akan bagi???

    jadi dalam hal ni YB salleh man bukan "DIJANGKA".... tapi "PASTI....!!!" di lantik...

    dalam islam janji kena tepati...

    BalasPadam
  2. Maksudnya Insya Allah akan dilantik.Dengan izin Allah beliau akan dilantik,kerana manusia hanya mampu berjanji tuhan yang menentukan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive