Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 28, 2009

Hari Bekerja Punca Undi PAS Merosot



PARIT BUNTAR, 27 Ogos : Kemerosotan jumlah pengundi yang keluar mengundi iaitu 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berpunca daripada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja.

Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Abdul Bahrain Desa berkata, ramai pengundi yang bekerja di luar Permatang Pasir tidak dapat pulang mengundi kerana terpaksa mengambil cuti dua atau tiga hari.

Katanya, ada yang sudah mengambil cuti ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan mereka kehabisan cuti untuk pulang mengundi kali ini.

“Tidak lama lagi mereka terpaksa menggunakan baki cuti yang ada untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Bahrain berkata, beliau hairan dengan trend SPR memilih hari Selasa sebagai tarikh mengundi setiap kali berlaku pilihan raya kecil, sedangkan mereka boleh memilih hari Sabtu atau Ahad supaya peratusan jumlah keluar mengundi meningkat.

“Ketika pilihan raya kecil DUN Penanti, yang mana Barisan Nasional (BN) tidak bertanding, SPR boleh tetapkan hari mengundi pada Ahad. Jadi, tidak ada alasan SPR tidak boleh menetapkan hari mengundi pada Sabtu atau Ahad,” Katanya.

Menurut beliau, walaupun pelbagai taktik kotor digunakan UMNO-BN dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, tetapi usaha itu gagal apabila calon PAS, Mohd Salleh Man dipilih pengundi untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Salleh Man yang mendapat 9,618 undi menang dengan majoriti 4,551 undi mengalahkan calon BN Rohaizat Othman yang hanya mendapat 5,067 undi.

Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman telah mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Majoriti yang diraih Mohd Salleh kali ini ialah 4,551 undi iaitu kurang 882 undi.

“BN juga tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka berjaya mengurangkan majoriti Pas kerana undi BN juga kurang sehingga lebih 500 undi,” Katanya.

Abdul Bahrain berkata, kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pemilihan calon yang berwibawa, di samping manifesto perubahan yang jelas menjadi penentu kepada sokongan rakyat.SH

PAS Parit Buntar


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive