Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 27, 2009

Bola sepak Perak dibelenggu rasuah?



IPOH - Gejala rasuah kembali melanda arena bola sepak tanah air.

Biarpun isu itu pernah menggemparkan negara hampir sedekad lalu, tetapi kini muncul kembali ketika bola sepak negara sedang mengorak langkah memasuki kancah saingan liga profesional sepenuhnya.

Pasukan bola sepak Liga Super Perak didakwa dicemari aktiviti itu sehingga memaksa Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) campur tangan menyiasat perkara itu.

Pemangku Pengurus pasukan, Nor Azli Musa berkata, pihak pengurusan mula mengesyaki perkara itu berlaku berdasarkan prestasi turun naik pasukan itu pada kempen saingan bola sepak Liga Super sejak awal tahun ini.

"Perkara ini dimaklumkan kepada Presiden Pafa, Datuk Seri Ir Mohamamad Nizar Jamaluddin untuk tindakan lanjut dan kami berharap perkara ini dapat diselesaikan seberapa segera," katanya.

Sinar Harian cuba mendapatkan mendapatkan reaksi Mohammad Nizar, bagaimanapun, beliau tidak dapat berbuat demikian kerana perkara itu masih dalam siasatan SPRM.

Sementara itu, Ketua Jurulatih, M Karathu ketika ditemui juga enggan mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada SPRM serta Pafa untuk membuat keputusan.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive