Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 24, 2009

PAS persoal isu integriti, bukan isu peribadi | Nizar News



PERMATANG PASIR, 24 Ogos - "Saya dan PAS konsisten melihat isu amanah Rohaizat itu bukan isu peribadi, tetapi isu integriti yang begitu penting bagi calon Adun Permatang Pasir".

Pengarah jentera induk pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz pagi tadi menjelaskan isu yang mendakwa bahawa PAS menggunakan isu pendedahan Yusri untuk menjatuhkan imej calon BN, Rohaizat Othman.

"Sebab itu, PAS nak jelas apa yang dilakukan. PAS hanya beri tempat kepada beliau (Yusri) untuk menjelaskan kebenaran yang terselindung," jelas Mahfuz merujuk kenyataan terdahulu Yusri yang beliau akan meminta PAS dan PKR pentas untuk beliau menjelaskan perihal sebenar yang berlaku antara beiau dan Rohaizat.

Yusri Ishak iaitu bekas rakan kongsi firma Rohaizat semalam sekai lagi menyatakan pendirian - tujuan beliau tampil dalam massa sebelum ini bukanlah untuk menjatuhkan Rohaizat sebagai calon Umno, sebaliknya cuba membersihkan nama baiknya dan keluarganya.

"Yusri yang berasa dirinya dikambing hitamkan oleh Rohaizat serta pimpinan Umno itu sebenarnya mahu kes pecah amanah yang dikaitkan dengan dirinya, turut ditanggung bersama-sama oleh rakan kongsinya Rohaizat".

Yusri kawan jujur

Mahfuz dalam sidang media pagi tadi menjelaskan, Rohaizat bertuah kerana mendapat kawan sejujur Yusri. Namun sehingga sekarang katanya, Rohaizat dan pimpinan Umno masih enggan menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan terhadap Yusri.

"Ini sekaligus menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruahnya pemimpin Umno," selar Mahfuz.

Katanya, beliau yakin minda yang waras sama sekali tidak boleh menerima calon yang sah pernah pecah amanah.

"Bagaimanapun, saya menghormati setiakawan Yusri ke atas Rohaizat, alaupun belai sendiri sedar bahawa dirinya telah pun dikambing hitamkan oleh Rohaizat dalam pilihanraya kecil ini," tambah Mahfuz lagi.

prkn11penang


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Alamadulillah .. baru jer berbuka dan selesai segala urusan, masuk cyber terus terbuka cerita integriti.

    Nampaknya semua nak dipolitikkan..yusri kata kat rohaizat, rohaizat kata kat yusri, yusri tarik balik, rohaizat belum tarik balik..itu pun jadi soal .. itu hal mereka berdua, yang mahfuz punya anak di penjara bagaimana pula integriti nyer??? Mau disamakan dgn Nabi Nuh dan anaknya??? Itulah PAS berpolitik secara demokrasi. Tak nampak Islamnya politik mereka, saling tak tumpah dengan politik ameno dan PKR dan DAP untuk meraih sebuah kerusi demi kuasa!!!!

    Nak tanya PAS .. calon kafir laknatullah, penyembah berhala yang syirik, sangat besar dosanya di sisi Islam, dia sebagai orang Islam mengapa tak persoalkan integrity makhlok yang kufur itu, pecah amanah sesama manusia dengan pecah amanah dengan Maha Pencipta .. mengapa boleh diberikan kepercayaan di disuruh beri undi untuk menjadi wakil???

    Jangalah ambil Kitab itu separuh separuh...wajib berjuang secara Islam, tapi kalau rasa nak jadi kafir separuh separuh, kafir terus, lagi senang kita nak menilai!!!

    Hujung sana suruh serang dasar bukan peribadi, hujung sini serang peribadi, dasarnya entah ke mana .. apakah sama cara orang Islam beribadah dengan cara orang kafir bertamaddun??? Mana dakwahnya, untuk mengajar manusia berakhlak??

    Nyatakan kepada rakyat apa matlamat dan tujuan PAS, perjelaskan matlamat dan jalan untuk menujunya, biar jelas yang mana Islam dan yang mana kufur, yang mana halal dan yang mana haram, bukan hanyut dilambung gelombang demokrasi, tengelam dengan akidah dan akhlak yang sumbang dan batil!!! Kulitnya Islam, amalanya sama seperti orang kafir, yang tidak memikirkan soal dosa dan pahala - asal dapat berkuasa - itulah politik Machiavelli dan Montesquieu yang semakin disuburkan oleh mereka yang mengaku Islam...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive