Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 29, 2009

PR belum terlintas pelawa Soi Lek | pkfz


KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memikirkan langsung soal pergolakan: politik dalaman yang melanda MCA, terutama Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipecat daripada parti, semalam.

Naib Presiden PKR, R Sivarasa berkata, tidak timbul isu PKR akan menjemput Soi Lek menyertai PKR selepas disingkirkan daripada parti kerana menjejaskan imej parti berhubung skandal seksnya pada 2007.

Ditanya adakah PKR akan menerima Soi Lek sama seperti PKR menerima Datuk Dr Chua Jui Meng ke dalam parti itu, Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, kes tersebut tidak sama.

Menurutnya, Jui Meng sendiri menghantar surat permohonan untuk menyertai PKR dan selepas ia dipertimbangkan Majlis Tertinggi parti, barulah permohonan bekas Naib Presiden MCA itu diterima.

“Tiada perkara berbangkit dalam hal ini. Itu masalah dalaman mereka dan kami tidak mahu campur urusan mereka. Lagipun dia (Soi Lek) masih lagi dalam MCA.

“Apa yang boleh saya katakan, PKR tidak ada apa-apa perancangan pun buat masa sekarang untuk hal ini. Buat masa ini, kita tidak berminat untuk berbincang masa depan beliau.

“Berhubung hal ini lagi, PKR tidak akan membuat sebarang keputusan yang terburu-buru. Ia bukan perkara utama yang perlu difikirkan oleh parti. Namun, PKR tetap akan menunggu keputusan yang sesuai berhubung hal ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw ketika dihubungi turut berkata, ketika ini tidak timbul bekas Menteri Kesihatan itu akan dijemput menyertai Pakatan Rakyat (PR) selepas dia dipecat Majlis Presiden MCA berikutan skandal cakera padat digital (VCD) seks yang dianggap mencemarkan parti itu.

“Buat apa kita susah-susah menyibuk hal mereka, nanti kita juga akan dapat susah. Buat masa ini, Tuhan tidak izinkan kita masuk campur dalam rumah tangga orang. Negara kita ada undang-undang dan peraturan.

“Biarlah mereka selesaikan masalah mereka dan kita tunggu apa yang akan berlaku pada masa terdekat nanti,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Tidak perlu lah nk jemput Chua Soi Lek masuk PR.. MCA yang teruk tu pun xnk dia...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive