Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 26, 2009

Mengapa Najib, Rosmah takut sangat dengan Zunar?



Oleh WARTAWAN DETIKDAILY

Majalah Gedung Kartun sudah melakar sejarah tersendiri. Belum apa-apa Najib Razak sudah menampakkan ketakutannya. Zunar yang dikenali dengan kartun-kartun pedasnya ternyata digeruni Najib, apatah lagi Rosmah. Meskipun sudah mendapat permit penerbitan (sesuatu yang sebenarnya tidak diperlukan lagi di abad ini), namun KDN tetap melakukan rampasan apabila mendapat arahan pihak atasan.

Dan ini bukan kali pertama rampasan dibuat terhadap majalah yang sudah pun diberikan permit oleh KDN. Detik pernah menghadapi derita yang lebih teruk. Najib hanya menyempurnakan satu tekanan dan kongkongan terhadap media di negara ini.

Untuk pembaca mendapatkan gambaran jelas tentang majalah Gedung Kartun, elok dirakamkan semula rencana berkaitan dengannya:

KELESUAN arena lukisan kartun dan bergolaknya politik Malaysia menjadi pemangkin kepada kartunis Zunar untuk menerbitkan sebuah majalah kartun yang menyentuh isu-isu semasa. Dia bersama beberapa teman kartunis mengorak langkah memproduksi sebuah majalah kartun alternatif, Gedung Kartun.

"Dari segi fizikal, Gedung Kartun nampak sama saja dengan majalah-majalah kartun lain yang ada di pasaran, tetapi perbezaan besar yang kami tampilkan ialah kandungannya," kata Zunar.

Menjelaskan lebih lanjut dia berkata, lukisan-lukisan kartun yang dimuatkan dalam majalah ini bukan sekadar lelucon kosong, tetapi ia sarat dengan mesej untuk pembaca.
"Dari halaman pertama hingga muka surat belakang, ia dihiasi dengan karya-karya kartun yang menyentuh isu-isu semasa, politik, masyarakat, hak asasi, reformasi dan lain-lain. Ia dikupas dari sudut alternatif berdasarkan analisis kartunis sendiri.
"Contohnya dalam keluaran pertama ada kartun mengenai isu kelemahan SPRM, skandal PKFZ, kematian Teoh Beng Hock, demonstrasi anti-ISA, isu kerajaan perpaduan, merdeka dan PPSMI.

"Selain itu, ada juga kartun mengenai nostalgia reformasi 98, mahligai Khir Toyo, puaka dan lain-lain. Secara ringkasnya ia adalah sebuah majalah berat yang disampaikan secara santai," tambah Zunar.

Menurut beliau, majalah dengan kekerapan dua kali sebulan ini telah mendapat kelulusan KDN dan akan menemui pembaca buat pertama kalinya 20 Ogos ini. Ia setebal 68 muka surat dengan harga pasaran RM4 senaskah.

Selain Zunar sendiri, antara kartunis yang menjadi tulang belakang produksi ini ialah Jonos (Nor Azlin Ngah) yang bertindak sebagai Ketua Kartunis dan Ronasina (Mohd Affandi Ramli) yang juga merupakan editor dan kartunis.

Sementara kartunis-kartunis yang menyumbangkan karya termasuk Roy, Cabai, Madsein, Kidol, Haili, Kawe, Oly, Deng, Ubilepih, Nur, Dikuk, Abdullah Jones dan Fahmi. Ia dikuatkan dengan rencana, puisi dan cerpen oleh Pyanhabib, A Samad Said dan Vovin.
"Idea penerbitan ini telah saya bincang dengan Jonos dan Ronasina sejak setahun lalu. Selepas itu kami mengadakan pertemuan demi pertemuan untuk menghalusi konsepnya melalui maklum balas teman-teman.

"Kemudian barulah kami tubuhkan sebuah syarikat dengan modal yang kecil, mohon permit dan mula menggarap pernerbitannya," kata Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.


Menurut beliau, walau pun Gedung Kartun boleh disifatkan sebagai sebuah majalah reformasi, tegas beliau, ia tidak terikat secara langsung dengan mana-mana parti politik, sebaliknya adalah sebuah wadah independen.
Menyentuh tujuan penubuhan majalah ini, Zunar berkata, ia bagi mengangkat status kartunis dan karya-karya mereka supaya lebih prihatin dan membawa suara masyarakat.

"Malaysia melahirkan ratusan kartunis berbakat, tetapi kebanyakannya tidak melahirkan karya-karya yang menyentuh isu-isu penting negara dari perspektif sepatutnya terutama ketika negara bergolak seperti ini. Amat malang."
Menurut Zunar, kartunis sepatutnya berperanan sebagai suara pengimbang atau 'watch dog' seperti mana yang dipraktifkan oleh kartunis-kartunis negara luar termasuk negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

"Mereka (kartunis-kartunis negara luar) mengkritik dasar-dasar Presiden, Perdana Menteri atau ketua-ketua negara serta penguasa. Di Malaysia, kartunis masih ikut-ikutan dan tidak mempunyai keberanian. Budaya melukis kartun tanpa rasa takut harus diujudkan bagi melahirkan kartunis-kartunis berkualiti.
"Sebagai seniman, saya mahu kartunis manjadi golongan yang peka dan bangkit menyatakan pendirian dalam isu-isu rakyat. Jangan membisu. Gunakan pena dan dakwat, ujudkan suara kartunis. Itu yang saya mahu dengan penubuhan Gedung Kartun," tambah beliau.

Selain itu, katanya, tujuan penubuhan majalah ini adalah untuk membuka ruang kepada kartunis-kartunis muda berkarya. "Saya tahu ramai kartunis-kartunis muda cenderung kepada idea-idea kritis tetapi tiada media yang menyediakan ruang untuk mereka. Kini saya membuka ruang seluas-luasnya buat mereka, datang bergabung," tambah Zunar yang popular dengan karya-karya politik pedasnya.

Menurutnya, penubuhan majalah seperti ini penting sebagai merintis jalan dengan dengan harapan ramai lagi kartunis akan mengikut jejak langkah dia dan teman-teman.
"Kami percaya sekiranya Gedung Kartun berjaya, ia akan mengujudkan satu kumpulan kartunis era baru yang akan mengubah senario arena seni kartun di Malaysia. Malah beberapa nama besar akan dapat dilahirkan. Mereka inilah bakal menjadi penyambung generasi kami," kata Zunar.

Ditanya apakah majalah ini akan mendapat sambutan menggalakkan, dia optimis.
"Bagi negara yang diperintah oleh para 'Pak Lawak', saya yakin trend jenaka yang dibawa kami sangat relevan. Cuba lihat, bangun pagi, buka TV kita ketawa, dengar berita kita ketawa, baca akhbar kita ketawa. Kerana itu orang membuat jenaka mengenai Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam internet, blog dan sms.

"Kami para kartunis cuma menyambut dan mengolah dalam bentuk kartun," kata Zunar.
Walau bagaimanapun dari segi pasaran, sebagai sebuah syarikat kecil, beliau berkata adalah wajar untuk mencetak dengan kadar relatif kecil bagi naskah sulung ini.
"Buat permulaan kami mencetak sebanyak 10,000 naskah untuk edaran seluruh Malaysia. Sekiranya permintaan baik, kami akan tingkatkan percetakan," katanya.

detikdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive