Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 29, 2009

MCA Retak Menunggu Belah ?

Oleh AZMAN ANUAR


SEJARAH pemecatan Timbalan Presiden parti politik berulang lagi di negara ini. Punca yang menyebabkan tokoh pemimpin itu tersungkur juga hampir sama - skandal seks.Nampaknya pemimpin politik yang terlibat dalam skandal seks sukar untuk dimaafkan dan tidak diberi laluan mudah untuk kekal dalam parti.

Dahulu, pada 2 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada UMNO. Sebab utama pemecatannya ialah kes liwat.

Rabu lalu, 26 Ogos 2009, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat keahliannya. Faktor utama pemecatannya kerana cakera padat digital skandal seks beliau yang tersebar sebelum ini telah merosakkan imej MCA.

Kedudukan orang nombor dua dalam parti cukup istimewa dan hebat. Mereka mempunyai pengaruh dan penyokong yang kuat. Sebab itu pemecatan mereka bakal memberi kesan yang cukup besar dan bahaya baik kepada parti tersebut mahupun parti komponennya- Barisan Nasional (BN).

Kini bahaya itu bakal menyerang MCA dan masyarakat Cina.

MCA perlu segera belajar daripada UMNO untuk mengkaji kesan pemecatan orang penting parti. Sejak pemecatan Anwar daripada UMNO dan krisis kepimpinan sebelum itu, orang UMNO dan Melayu telah berpecah dan sukar untuk disatukan kembali. Kesan perpecahan orang Melayu dapat dilihat hingga ke hari ini.

Seperti yang berlaku dalam UMNO dahulu, jelas perpecahan telah menular ke peringkat akar umbi parti MCA. Masalah yang dihadapi MCA kini bertambah rumit dan bersimpul apabila puak-puak yang bertelingkah mengeruhkan lagi suasana sedia ada. Apakah MCA ingin membiarkan apa yang berlaku kepada orang Melayu berlaku kepada orang Cina?

Apabila Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahlian Soi Lek berkuat kuasa serta-merta, tidak secara langsung ia mengesahkan MCA terbelah dua.

Jangan dinafikan pengaruh kuat Soi Lek dalam MCA, jika tidak manakan beliau dipilih oleh perwakilan untuk kerusi Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan Oktober 2008.

Walaupun Soi Lek meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada 2 Januari 2008 namun bekas Menteri Kesihatan itu berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden. Ini menunjukkan beliau masih mendapat sokongan dan kepercayaan daripada ahli-ahli parti.

Perhatikan juga kenyataan-kenyataan pemimpin dalam Kumpulan Soi Lek. Ada yang ingin mengadakan mesyuarat agung luar biasa, ada pula meminta Tee Keat berehat sementara ekoran dakwaan beliau menerima sumbangan peribadi sebanyak RM10 juta daripada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) berhubung kemelut Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ekoran dakwaan tidak berasas dan fitnah itu, Tee Keat memfailkan saman sebanyak RM500 juta ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing kerana memfitnahnya.

Pada hemat saya, pemecatan keahlian MCA ke atas Soi Lek bakal memberi kesan kepada moral BN secara keseluruhan jika tidak ditangani dengan baik.

Sebab itu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak minta kemelut MCA diselesaikan segera. MCA tidak patut dilanda kemelut lagi. Kenapa ada krisis di antara Presiden dengan Timbalannya dalam MCA?

Sebelum krisis Ling Liong Sik - Lim Ah Lek pada awal 2000-2003, pergolakan pada 1984-1985 membabitkan pemimpin utama ketika itu Datuk Dr. Neo Yee Pan dan Datuk Mak Hon Kam dengan Tan Koon Swan.

Selepas tamat tempoh bertenang di zaman Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy, kini MCA panas semula.

Para pemimpin MCA sendiri mengetahui sejarah pertentangan di kalangan pemimpin atasannya membawa lebih banyak kesan tidak baik daripada baik.

Bermula perselisihan di kalangan para pemimpin utama parti itulah ia membawa permusuhan melarat kepada ahli akar umbi.

Maka dikhuatiri pelbagai rahsia dan masalah dalaman parti MCA itu akan didedah dan dibongkarkan.

Dari sudut personaliti pemimpin, ia sudah tentu tidak baik, tetapi apa yang merisaukan BN ialah ia boleh memberi kesan yang lebih besar kepada parti MCA itu sendiri. Rakyat akan melihat pertikaian di kalangan pemimpin lebih menjurus kepada perebutan kuasa daripada berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Pemimpin-pemimpin MCA seharusnya memahami bahawa arena politik tidak pernah bebas daripada amalan cantas-mencantas, tikam- menikam dan memungkiri janji. Ia sudah menjadi sebahagian daripada asam garam politik di mana-mana negara.

Ketamakan kuasa dan kedudukan menyebabkan sesetengah pihak lupa tentang kelemahan diri masing-masing sehingga mengundang impak ke atas jawatan dan parti masing-masing. Ini yang berlaku pada masa sekarang dalam sesetengah parti di negara ini..UM

detikdaily

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive