Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 28, 2009

Serangan terhadap PR tidak menjadi: Siew Fook | Nizar News


SEREMBAN – Kemenangan calon Pas, Mohd Salleh Man pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kelmarin menunjukkan serangan bertalu-talu yang dilemparkan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini tidak menjadi.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook berkata, pemimpin PR sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran selepas diserang dengan pelbagai tuduhan serta isu oleh BN.

Bagaimanapun, katanya, tuduhan yang dilemparkan itu ternyata gagal mempengaruhi pengundi yang menyaksikan Pas terus mengekalkan kerusi di DUN berkenaan.

“Kemenangan ini membuktikan sokongan kepada PR tidak jatuh seperti yang digambarkan BN. Saya rasa, ia satu tamparan hebat kepada BN kerana selama ini mereka melancarkan serangan besar-besaran terhadap PR,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, antara serangan yang dimaksudkan adalah membabitkan tuduhan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat, selain menuduh DAP sebagai menghina Islam serta Pas sebagai boneka kepada PKR dan DAP.

:“Bagaimanapun, ternyata apa sentimen yang dimainkan, rakyat Permatang Pasir tak terpengaruh dengan helah-helah tersebut,” katanya kepada menghubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Siew Fook yang juga Pengerusi DAP negeri dan Ketua Pembangkang di Negeri Sembilan berkata demikian sebagai mengulas kejayaan Pas mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir selepas mengalahkan calon BN, Rohaizat Othman, pada pilihan raya kecil kelmarin dengan majoriti 4,551 undi.

Sementara itu, Siew Fook berkata, pengurangan jumlah majoriti itu tidak langsung menggambarkan sokongan kepada BN telah bertambah, sebaliknya isu tersebut sengaja dimainkan untuk menutup kelemahan BN.

“Kalau nak jadikan majoriti sebagai isu, kita lihat undi kepada calon BN juga menurun. Selain itu, peratusan pengundi juga menurun. Apa pun, dalam PR, majoriti lebih 4,000 undi merupakan kejayaan besar kita berbanding BN yang mempunyai jentera begitu besar,” katanya

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive