Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 22, 2009

Kit Siang Kepada SPRM: Mengapa Takut Siasat Muhyiddin? | Nizar News



Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan mengapa tiada siasatan dibuat terhadap Timbalan Presiden Umno Muhyiddn Yassin yang menyalahguna helikopter tentera untuk menghadiri acara Umno.

Sebuah helikopter Tentera Udara yang membawa Muhyiddin dilaporkan terpaksa mendarat cemas di Tuaran, Sabah. Muhyiddin dilaporkan mengguna helikopter itu untuk menghadiri mesyuarat Umno di Sabah.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat memfailkan aduan ke SPRM Johor.

Di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, SPRM mengadakan operasi besar-besaran menyiasat wakil-wakil rakyat PKR, PAS dan DAP, sehingga membawa kepada kematian seorang setiausaha politik Teoh Beng Hock.

Kit Siang berkata ketiadaan tindakan keatas Muhyiddin menunjukkan SPRM adalah alat Umno-BN dan mengamalkan sikap berat-sebelah dalam siasatan mereka.

Ahli politik veteran turut merujuk kepada kes bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusoff yang didakwa kerana menggunakan helikopter polis untuk tujuan bukan rasmi. Meskipun Ramli dibebaskan dari sebarang tuduhan, namun pihak pendakwararaya menunjukkan kesungguhan untuk mendakwa beliau dan memfailkan rayuan.

"Saya mahu tanya SPRM mengapa ia mengamalkan sikap berat-sebelah kerana belum lagi memulakan siasatan keatas dakwaan bahawa Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin telah menyalahguna kedudukannya dengan menggunakan helikopter tentera untuk merasmikan mesyuarat Umno di Sabah minggu lalu walhal ia tidak mempunyai kaitan dengan tugas-tugas rasmi beliau," kata Kit Siang.

"Jika Ramli didakwa kerana menyalahguna helikopter Cessna Caravan milik polis untuk tugas-tugas bukan rasmi, mengapa Muhyiddin tidak didakwa kerana menyalahguna helikopter tentera untuk tujuan yang tidak kena-mengena dengan tugasnya sebagai TPM mahupun Menteri Pendidikan. Apakah ada satu undang-undang untuk Menteri Kabinet Umno dan satu undang-undang untuk orang-orang kecil?" soal Kit Siang.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. BIASALAH KAN MALAYSIA BOLEH DUA UNDANG UNDANG. BUNUH ORANG PUN BOLEH BUANG SAMPAH PUN BOLEH ROGOL PUN BOLEH MAKAN SUAP PUN HALAL DAN BANYAK LAGI TAK BOLEH CERITA HABIS SATU MALAYSIA UMNO ORANG DALAMAN PUN BERGADUH JUGA MEMALUKAN MALAYSIA PASAL ORANG UMNO TERDIRI DARIPADA ORANG BODOH.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive