Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 24, 2009

ADUN Lunas memang bermasalah - Johari | Nizar News



PERMATANG PASIR, 24 Ogos - Suasana pilihan raya di DUN Permatang Pasir sedikit terganggu apabila ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR secara mengejut semalam dan mendakwa dirinya kini menjadi Adun Bebas. Malah Mohd Radzhi juga turut mengisytiharkan sokongan beliau kepada kepimpinan Najib Razak.

Perkara itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengahri semalam.

Ahli majlis tertinggi PKR, Johari Abdul memberitahu dalam ceramah beliau malam tadi bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Radzhi sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk.

"Ustaz Azizan sebelum ini pernah mengadu dan memberitahu lebih awal mengenai masalah calon PKR yang bermasalah ini," jelas Johari.

Atas sebab itu PKR pernah mencadangkan kepada Ustaz Azizan memecat Radzhi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kedah.

"Walaubagaimanapun oleh kerana sifat Ustaz Azizan yang berjiwa besar, beliau cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik," kata Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani.

Johari yang baru sahaja sampai daripada Padang Serai itu berkata, beliau telah berbincang dan mendapatkan maklumat berkenaan keluarnya Radzhi daripada PKR.

Hasil maklumat itu, Radzhi juga dikatakan jarang turun kawasan untuk melihat rakyat dan sering berjumpa dan dijemput oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah.

"Saya dah menasihatkannya, tapi masalahnya beliau terlalu rapat dan sering berkawan dengan pemimpin UMNO dan perangai pun dah macam orang UMNO,

"Saya katakan pada beliau kalau UMNO ada pemimpin mengapa ambil orang Sabah jadi Ketua perhubungan negeri?" soal Johari.


Takut disiasat SPRM, punca Radzhi keluar PKR

Beliau dalam ceramah di UPU Permatang Ara malam tadi menjelaskan bahawa Radzhi telah menerima terlalu banyak habuan daripada UMNO, sehingga menyebabkan beliau tidak boleh tolak dan kemungkinan SPRM akan digunakan sekiranya beliau tidak mengisytiharan dirinya keluar daripada PKR.

Modus operandi dalam kes kali ini sama dengan usaha Najib dan UMNO perak sewaktu mereka merampas kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas, katanya.

"Sebelum merampas negeri Perak pada bulan Februari lepas, 2 orang daripada 3 orang exco yang mengisytiharkan keluar parti iaitu Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu"

Kedua-dua orang ADUN ini kata beliau, telah disiasat oleh SPRM sebelum keluar parti dan siasatan itu senyap selepas mereka mengistiharkan keluar parti menyokong Najib Tun Razak.

"UMNO sekarang ini dalam keadaan yang sangat lemah dan semakin mengecil, tetapi mereka telah menggunakan semua agensi kerajaan untuk merampas negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," kata Johari.

Kemungkinan pilihanraya kecil Lunas

Johari berkata kini rakyat di Lunas sangat marah kerana mereka tidak mahu diwakili oleh seorang wakil rakyat Bebas. Rakyat merasakan mereka telah diperbodohkan.

Usaha-usaha bagi menggerakkan rakyat sedang dijalankan dan akan mula lebih aktif selepas pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Beliau juga berkata bahawa rakyat akan membuat petisyen menuntut supaya Radzhi meletakkan jawatan sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri secara terhormat seperti yang dilakukan oleh Arumugam, bekas ADUN Bukit selambau selepas beliau diugut dengan oleh BN dengan pelbagai ugutan.

Di akhir ucapannya itu, beliau mengajak seluruh jentera dan pengundi di Permatang Pasir bersama-sama menolak UMNO dan BN pada 25 Ogos ini sebagai tanda penolakan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan BN yang zalim.

prkn11penang


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. salam,
    baguih jg dia dh pi,PR makin bersih dari penyakit rasuah @ sindrom x sdaq diri ni..jgn jd BN!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive