Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 24, 2009

Gerak gempur Pemuda PAS di kubu BN | Nizar News



KEPALA BUKIT, 24 Ogos - Gerak gempur Pemuda PAS menemani calon menghangatkan lagi kempen rumah ke rumah yang bermula pagi semalam.
Kelibat Pemuda PAS yang turun menyertai kempen bersama calon kebanyakkan memakai baju yang kemas di samping mengedarkan risalah berkaitan pilihan raya Permatang Pasir menarik mata yang melihat kumpulan itu.

Manakala di sebelah petang, edaran bubur lambuk kepada penduduk setempat yang menjadi rutin sejak 1 Ramadhan itu menjadi aktiviti yang diteruskan Pemuda. Dalam keadaan hujan ketika itu, tidak sedikit pun menjadi penghalang kepada Pemuda bagi meneruskan kempen pilihan raya.

Sewaktu berkempen, berjalan menuju rumah ke rumah yang kebanyakkannya penyokong Barisan Nasional itu, Pemuda PAS juga sempat menziarahi bilik gerakan Barisan Nasional.

Ketibaan mereka itu mendapat sambutan yang baik dari pemuda BN. Pemuda PAS dan pemuda BN berjabat tangan dan saling bermesra di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sekurang-kurangnya lebih dari sepuluh buah rumah yang diziarahi oleh calon di sekitar Bukit Indera Muda yang dikenali sebagai kubu kuat BN.

Antara penduduk setempat yang diziarahi oleh calon ialah beberapa individu warga emas di kawasan tersebut, antaranya Yahya Selaman, 63, seorang pesakit jantung dan Umah binti Ahmad, 36, pesakit lumpuh.

Kempen gerak gempur Pemuda PAS semalam berakhir sebelum asar, sejurus selepas itu, calon ke masjid Indera Muda bagi menunaikan solat Asar.

Sementara itu, Pengarah jawatankuasa induk Pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz menyeru semua umat Islam meningkatkan ketaqwaan sempena bulan Ramadhan ini.

Permatang Pasir yang menjadi tumpuan sehingga Selasa ini (esok), peru dijadikan juga medan permuafakatan rakyatnya perlu hidup aman, makmur berbilang kaum dan ideologi politik, ujarnya.

prkn11penang


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive