Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 22, 2009

Tan Sri Khalid sedia bayar kepada Bank Islam




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid berkata, beliau sedia membayar balik pinjaman RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam yang diambilnya pada tahun 2001untuk membeli saham Guthrie Bhd.

Bagaimanapun, keputusan itu tertakluk kepada saman balas yang difailkan oleh peguamnya kepada Bank Islam pada 18 Mei 2008.

"Saya percaya kalau dibicarakan kedua-dua pihak, bank Islam dan saya bertanggungjawab. Jika bank Islam menang dalam perbicaraan selepas rayuan dan saya kena membayar. Kalau bank Islam dan saman saya dipersetujui oleh mahkamah dan kemudian bank Islam akan membayar kepada saya. Jadi saya terima tentang perkara ini dan saya telah membuat persediaan kewangan untuk menentukan bahawa perkara ini dapat dilakukan dan diselesaikan",katanya.

Tan Sri Khalid mengulas penghakiman ringkas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memerintahkan beliau membayar 66 juta ringgit kepada Bank Islam.

Hakim Rohana Yusof bagaimanapun menetapkan 16 September depan untuk sebutan permohonan penangguhan hukuman serta untuk menetapkan tarikh bagi dakwaan balas Tan Sri Khalid.

Tan Sri Khalid sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan Q-Cells Malaysia Sdn Bhd, Andaman Realty Sdn Bhd dan Metro Kajang Holdings, di Shah Alam Convec, petang tadi.

Perjanjian ini melibatkan pemasangan solar sistem oleh Q-Cell di Galeri Jualan PKNS di Taman Sains Selangor 2 di Cyberjaya, manakala Andaman Realty pula akan membina kampus dan asrama untuk SEGi College.

Sementara Metro Kajang Holdings Berhad akan memajukan sebahagian kawasan perumahan di taman berkenaan.

Terdahlu itu, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dalam ucapannya berkata, PKNS telah membelanjakan lebih 600 juta untuk membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur di Taman Sains Selangor 2, membabitkan kawasan lebih 300 hektar.

Pada majlis itu, Tan Sri Khalid turut melawat model pembangunan yang akan dilaksanakan di taman itu, membabitkan 40 peratus kawasan industri, 10 peratus kawasan kormersil,

tvselangor


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive