Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 24, 2009

Budaya maki hamun, kempen terdesak BN | Nizar News


Gambar Oleh: kedaikopitepimasjid

PERMATANG PASIR, 24 Ogos - Kehangatan pilihanraya fasa terakhir ini semakin terasa dengan meriahnya ceramah-ceramah umum yang diadakan hampir di setiap kawasan. Suasana menjadi bertambah hangat apabila kedudukan lokasi tempat ceramah kedua-dua belah parti hanya sebelah-menyebelah, masing-masing ingin mempertahankan parti mereka.

Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution mengulas bahawa calon Umno-BN, Rohaizat Othman tidak mampu meraih sokongan rakyat setelah beberapa rahsia peribadi calon itu terbongkar, dan dia tidak akan mampu menjadi calon yang berkesan.

"Kita mengekalkan budaya politik baru, tidak mengasingkan antara kaum," kata beliau lagi.

"Kita adalah politik yang menghormati setiap hak kaum, dan maki hamun itu bukan mainan politik kita. Cara politik kita hari ini adalah cara politik yang diterima rakyat," jelas ahli parlimen Machang itu terhadap budaya maki hamun yang semakin menjadi-jadi dikalangan pimpinan politik Umno-BN.

Saifudin menegaskan lagi bahawa orang yang pecah amanah adalah orang yang khianat, dan orang yang khianat tidak boleh menjadi pemimpin. Ini berikutan terbongkarnya kes pecah amanah Rohaizat Othman terhadap anak guamnya.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Adun Hulu Kelang, Syaari Sungib. Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Permatang Pasir khususnya dan rakyat Malaysia amnya perlu menolak Umno-BN kerana kerajaan pimpinan Umno-BN adalah satu kerajaan yang zalim berdasarkan isu pemansuhan ISA yang tidak diendahkan langsung Kerajaan Persekutuan apabila dirayu oleh rakyat pada 1 Ogos lalu.

Turut berucap di pentas yang sama malam tadi ialah, bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng dan Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

prkn11penang


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Teruskan berjuang.

    Insyaallah Rais Yatim akan terkedu jika Pasa dan PR meningkatkan majoriti kali ini.

    Bisukan mulut-mulut yang celupar itu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive